Tips Berjaya di dalam Penyusuan
Untuk berjaya di dalam penyusuan susu ibu ini, beberapa prinsip asas harus dipegang dan dijadikan disiplin setiap hari untuk diikuti.
1) Kerapkan direct feeding :
Menyusu secara terus adalah stimulation terbaik. Jika tidak dapat direct feeding, disiplinkan diri untuk mengepam susu setiap 2 atau tiga jam sehari sepanjang waktu bekerja. Pastikan anda benar-benar mengosongkan Breast selepas mengepam, boleh dilakukan selama 20 -30 minit bergantung kepada badan masing-masing.
2) Banyakkan minum air kosong.
Minumlah air yang banyak, kerana jika orang biasa perlu minum 1 liter air untuk 20kg badannya, cuba kira dengan berat anda, berapa liter air yang perlu diminum sehari? ditambah dengan fokus untuk mengumpul stok susu atau menyusukan secara terus, pasti anda perlu banyak minum air masak. kalau minum air panas kosong lagi best :)
3) Banyakkan berdoa.
Bukan senang sebenarnya nak menjayakan penyusuan ini. Banyakkan berdoa agar susu semakin bertambah dan murah rezeki anak setiap hari.
Saya memang pernah mengalami kemeruduman susu pada suatu masa dulu, memang sangat sedih. Sehari saya hanya dapat kumpul 4 oz untuk 4 kali pengepaman. Siapa yang tidak sedih untuk susu sebanyak itu saja diberikan pada anaknya hari yang sama?
Tapi, kita positifkan hati, yakin berdoa. Ini antara yang saya amalkan :
1) Surah al-kauthar
2) Surah al-Baqarah, ayat 60
3) Surah al-hujurat
4) Zikir ya Matin
* semua gambar2 surah dan ayat al-quran ini saya Google ya, teruima kasih kepada semua penyumbang!
4) Jaga emosi : Hindari tekanan/stress dan dekatkan diri dengan cas-cas positif supaya anda sentiasa gembira. lebih gembira anda, lebih banyak susu dapat dihasilkan!
Semoga entry saya membantu anda, para wanita berkerjaya yang mencari-cari tips untuk menambahkan susu badan dengan pengambilan milk booster yang mudah dan cepat. Respons badan adalah berbeza bagi setiap individu, saya hanya kongsikan pengalaman saya, anda boleh cuba jaya setiap satu tips milk booster ini untuk melihat mana satu yang berkesan buat anda!
Semoga berjaya!
Untuk si manja, segala-galanya sanggup ku korbankan, tak gitu wahai ibu-ibu penyayang? :)
Thursday, 8 January 2015
Tips Berjaya di dalam Penyusuan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tips nak hamil
Kepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, saya sarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut: Elakkan: Minum coca cola, pep...
No comments:
Post a Comment