Tips Berjaya di dalam Penyusuan
Untuk berjaya di dalam penyusuan susu ibu ini, beberapa prinsip asas harus dipegang dan dijadikan disiplin setiap hari untuk diikuti.
1) Kerapkan direct feeding :
Menyusu secara terus adalah stimulation terbaik. Jika tidak dapat direct feeding, disiplinkan diri untuk mengepam susu setiap 2 atau tiga jam sehari sepanjang waktu bekerja. Pastikan anda benar-benar mengosongkan Breast selepas mengepam, boleh dilakukan selama 20 -30 minit bergantung kepada badan masing-masing.
2) Banyakkan minum air kosong.
Minumlah air yang banyak, kerana jika orang biasa perlu minum 1 liter air untuk 20kg badannya, cuba kira dengan berat anda, berapa liter air yang perlu diminum sehari? ditambah dengan fokus untuk mengumpul stok susu atau menyusukan secara terus, pasti anda perlu banyak minum air masak. kalau minum air panas kosong lagi best :)
3) Banyakkan berdoa.
Bukan senang sebenarnya nak menjayakan penyusuan ini. Banyakkan berdoa agar susu semakin bertambah dan murah rezeki anak setiap hari.
Saya memang pernah mengalami kemeruduman susu pada suatu masa dulu, memang sangat sedih. Sehari saya hanya dapat kumpul 4 oz untuk 4 kali pengepaman. Siapa yang tidak sedih untuk susu sebanyak itu saja diberikan pada anaknya hari yang sama?
Tapi, kita positifkan hati, yakin berdoa. Ini antara yang saya amalkan :
1) Surah al-kauthar
2) Surah al-Baqarah, ayat 60
3) Surah al-hujurat
4) Zikir ya Matin
* semua gambar2 surah dan ayat al-quran ini saya Google ya, teruima kasih kepada semua penyumbang!
4) Jaga emosi : Hindari tekanan/stress dan dekatkan diri dengan cas-cas positif supaya anda sentiasa gembira. lebih gembira anda, lebih banyak susu dapat dihasilkan!
Semoga entry saya membantu anda, para wanita berkerjaya yang mencari-cari tips untuk menambahkan susu badan dengan pengambilan milk booster yang mudah dan cepat. Respons badan adalah berbeza bagi setiap individu, saya hanya kongsikan pengalaman saya, anda boleh cuba jaya setiap satu tips milk booster ini untuk melihat mana satu yang berkesan buat anda!
Semoga berjaya!
Untuk si manja, segala-galanya sanggup ku korbankan, tak gitu wahai ibu-ibu penyayang? :)
Thursday, 8 January 2015
Tips Berjaya di dalam Penyusuan
Khasiat set penyusuan Shaklee
Lumrah bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, pasti akan mencari jalan untuk menambah susu. Malah ibu-ibu sanggup mengambil pil-pil hormon (walaupun tidak betul2 memerlukan) demi memperbanyakkan susu badan.
Set breastfeeding Shaklee dipakej khas bagi memudahkan ibu-ibu menyusukan… supaya tak adalah tercari-cari “Apa supplement terbaik untuk ibu yang menyusukan bayi?” atau “Apa pil penambah susu terbaik?”. Jadi, kita cuma sebut set breastfeeding, satu set dah tersedia.
Set ini mengandungi:
Vitalea = multivitamin dan multimineral bagi membekalkan keperluan vitamin dan mineral keperluan harian tubuh.
Vita-C = penting untuk kesegahan sel, mempertingkatkan imuniti tubuh, mencantikkan kulit dan antioksidan.
B Complex = mengurangkan stress, mengimbangi hormon, membakar makanan menjadi tenaga, asid folik penting dalam penyusuan ibu.
Alfalfa = digunakan zaman-berzaman sebagai penambah susu di negara Barat. Di samping itu, kegunaan alfalfa sangatlah banyak.
Ibu-ibu yang pernah mengambil set breastfeeding ini mendapati badan mereka tambah bertenaga, susu badan kelihatan lebih pekat malah ada yang mendapati susu badan mereka bertambah banyak. Namun, 3 PERKARA PENTING ini perlu diamalkan:
>>Minum 3Liter air sehari
>>Pam susu 3 jam sekali
>>Doa, tawakal
Namun harus ingat, set ini bukan ubat magik, apa lagi berasaskan perangsang dan terus nampak perubahannya… natural supplement bertindak begitu lembut dan lunak dengan tubuh kita. Jadi, bersabarlah dan konsisten amalkan 3 perkara di atas.
Set ini juga sesuai bagi semua wanita, walaupun tidak menyusukan, dan juga untuk lelaki kerana ia nutrisi lengkap utk sihat dan cergas. :)
Monday, 5 January 2015
Kepentingan Susu Ibu
Memberi susu badan boleh menyebabkan kanak-kanak lebih cerdik, menurut penyelidikan terbesar penyusuan badan. Walaupun sudah terdapat beberapa kajian sebelumnya yang mengaitkan susu ibu dan IQ tetapi ia diterima secara ragu-ragu kerana perbandingan dibuat diantara ibu yang memilih untuk menyusu badan dan tidak, dan ia lebih bergantung kepada faktor sosial dan intelektual ibu dan bukan dari kebaikkan susu badan itu sendiri.
Sekarang, faktor tersebut sudah dapat disangkal dalam penyelidikan saintifik terbesar pernah dilakukan dengan menunjukkan, menyusu badan meninggikan IQ kanak-kanak.
“Penyelidikan kami menunjukkan bukti yang kuat yang menyusu badan secara ekslusif dan dalam jangka masa yang lama (sekurang-kurangnya 6 bulan) mampu membuatkan kanak menjadi lebih bijak’ kata Prof Michael Kramer dari Universiti McGill, penyelidik utama yang percaya penemuan ini akan meninggikan usaha untuk mengalakkan, melindungi dan menyokong penyusuan badan.
Kajian awal dikritik kerana cara ia dibuat tetapi untuk membuat penyelidikan secara saintifik yang hanya boleh diterima pakai iaitu kajian secara terkawal dan rawak dikatakan tidak beretika kerana ia bermakna separuh dari bayi tidak berpeluang untuk menyusu badan.
Untuk mengatasi masalah ini, Prof Kramer dan rakan-rakannya pergi ke Republic of Belaurus dimana mereke mengkaji apa yang berlaku kepada ibu yang menyusukan badan yang di pilih secara rawak dengan mengalakkan mereka menyusu badan secara eklusif dan lebih lama.
Dalam majalah Archives of General Psychiatry, Prof Kramer menunjukkan keputusan setelah mengkaji 14,000 kanak-kanak selama 6.5 tahun.
Ini memberi peluang kepada penyelidik untuk membuat ukuran kesan menyusu badan keatas perkembangan kognitif (otak) tanpa diberat sebelah oleh perbezaan dari segi kebijaksaan ibu.
Kajian yang di biayai oleh Institutes of Health Research menunjukan yang jumlah bayi berusia 3 bulan yang di berikan susu ibu secara eksklusif adalah 7 kali lebih tinggi dari kumpulan control dimana galakan tidak diberikan.
Prof K membuat evaluasi ini pada 31 buah hospital dan klinik di Belarusian.
Keupayaan kognitif kanak di analisa dengan ujian IQ yang di kendalikan oleh doktor dan guru berdasarkan pencapaian akademik dari segi pembacaan, penulisan, matematik dan subjek yang lain.
Pada usia 6.5, kanak-kanak dari susuan ibu memperolehi secara purata 7.5 point lebih tinggi dalam intelek verbal dan 2.9 point lebih tinggi dalam ujian bukan intelek verbal. Guru-guru juga mendapati kanak-kanak ini mencapai kecemerlangan akademik lebih signifikan dari segi pembacaan dan penulisan.
“Kesan penyusuan badan terhadap perkembangan dan kecerdasan otak sudah lama popular dan menjadi topik hangat. Sementara kebanyakkan kajian awal lebih kepada kaitan sampingan, kajian kami adalah lebih random dan berupaya membuat kesimpulan diantara penyusuan dan intelektual disebabkan oleh susu ibu”, kata penyelidik itu.
“Walaubagaimanapun, ia masih tidak dapat menerangkan dengan jelas samada kebaikan menyusu badan disebabkan oleh kandungan susu atau berkait dengan fizikal dan interaksi sosial semasa menyusu”, kata penyelidik itu lagi.
Long-chain fatty acids utama dan kompaun yang dikenali sebagai insulin-like growth factor I, yang didapati didalam susu ibu mungkin bertanggung jawap terhadap perbezaan ini. Kemungkinan lain pula ialah komponen fizikal dan emosi semasa menyusu yang menjurus kepada perubahan kekal pada perkembangan otak. Menyusu badan juga meninggikan interaksi diantara ibu dan anak, dimana ini juga mungkin memberikan kesan positif terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak.
Sunday, 4 January 2015
20 tips banyakkan susu
1. Menyusu dengan kerap
2.Penyusuan dengan kedua-dua buah dada. Jika bayi mendapat letih menghisap, cuba bertukar ke payudara yang lain sehingga kedua-dua buah dada adalah kosong atau bayi tidak menyedut lagi.
3.Pastikn anda menyusukn bayi anda cukup lama untuk mengosongkan payudara anda.
4.Jangan jadual penyusuan. Ikut isyarat kelaparan bayi anda untuk menyusu. Demand supplying.
5.Menyusu/ pump susu pada waktu malam dimana penghasilan pada waktu malam adalah banyak.
6.Pamkan payudara anda selepas penyusuan bayi untuk memastikan payudara adalah kosong dengan mengunakan pam manual ataupun pam eletrik.
7.Bogelkan bayi anda semasa menyusu dimana sentuhan kulit ke kulit membantu bayi kekal sedar daripada lena.
8. Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar.
9.Pastikan anda dalam keadaan yang rehat dan relax dimana tekanan stress akan mengganggu penghasilan susu ibu kepada bayi anda. B complex boleh bantu anda elak stress kerana B complex shaklee mengandungi B5 yg merangsang hormon sirotinin yg brtindak mengawal emosi.
10. Jangan tidur meniarap pada waktu malam. Ini boleh memampatkan payudara anda dan menghalang pembekalan susu . Posisi tidur semasa hamil adalah penting untuk penghasilan susu ibu juga.
11.Gunakan baby sling di antara waktu penyusuan walaupun ketika itu dia sedang tidur.
12. Elakkan mengguna puting tiruan.
13.Elakkan mengambil pil perancang semasa anda sedang menyusukan bayi anda.
14.Jangan merokok semasa hamil.
15.Minum air dengan banyak terutama sebelum penyusuan.
16. Cuba mengelakkan minuman berkafein.
17.Makan diet yang sihat dengan protein dan kalsium yang banyak. ESP & ostematrix sgt membantu.
18.fikirlah bayi fikirlah susu ketika menyusu, ini dapat merangsang penghasilan susu.
19. Buat Power pumping, iaitu 10 minit pump sebelah dan 10 minit pula sebelah lagi, dan berterusan hingga 1 jam ( utk single pump),
Manakala double pump, lakukn pumping2 10 minit kemudian rehat 10 minit, kemudian sambung lagi pump 10 minit, lakukan ia berterusan hingga 1 jam.
20. Amalkn zikir ya rahman,ya rahiim, ya razzaq, ya wahhab.
Nota: jika ingin dptkn suppliment milk booster terhebat ( shaklee) type ' milkbooster' ke 016-7874269
Wednesday, 8 October 2014
Khasiat susu Ibu
Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi, Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud ,
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap,iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu",
Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu sintetik akan susu buatan dari lembu, walaupun kajian demi kajian dilakukan untuk menyakan khasiat dengan susu ibu sendiri, tapi susu sintetik ini tidak dapat menandingi kehebatan dan manfaat yang terdapat dalam susu ibu. Susu ibu adalah makanan yang terbaik sekali bagi pembesaran baik semenjak ianya dilahirkan lagi.
Begitu Agung nya Allah, sebaik bayi dilahirkan proses pengeluaran susu ibu juga bermula..SubhanaAllah.Susu ibu mengandungi khasiat yang diperlukan sebaik bayi dilahirkan, susu pertama berwarna kekuningan, ia dikenali sebagai KOLOSTRUM dan mempunyai 3 kali lebih khasiat dan antibodi serta sel darah putih yang tinggi.
KOLOSTRUM mampu melawan penyakit dan amatlah rugi bagi ibu-ibu yang tidak menyusukan anak-anak mereka di awal waktu kelahiran Susu ibu bersih dan dapat menghapuskan bakteria, tambahan pula susu ibu menganduing DHA dan AA(yang seperti kita biasa dengar dalam iklan tin-tin susu),kandungan DHA dan AA dalam susu ibu adalah yang terbaik berbanding susu buatan.
Faedah Penyusuan Bayi
1.Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa henti, ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung macam ikan kembung, sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi, Insya-Allah, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit, lelah dan ekzema
2.Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang kuman dan bakteria, walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu, susu ini tidak akan basi
3.Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu
4.Mencegah dari penyakit rabun malam
5.Mencegah bayi dari mendapat alahan
6.Menggelakkan taun
7.Menggelakkan jangkitan telinga
8.Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi penumbuhan sistem otak dan saraf dan ini tidak terdapat dalam susu tiruan
Ketahui keistimewaan dan kelebihan susu ibu .
Tetapi masih ramai ibu yang tidak tahu manfaat dan kelebihan yang bakal diperoleh oleh ibu dan anak.
Kecutkan rahim
Menyusukan bayi akan bantu anda kembali kepada bentuk tubuh asal dengan lebih cepat. Rahim yang sebelum ini membesar 20 kali lebih besar berbanding sebelum hamil mudah kecut. Hormon oksotosin yang terkandung dalma susu ibu membantu pengecutan rahim dengan menyingkirkan plasenta. Bagi ibu yang tidak menyusukan bayi, rahim mereka sukar untuk mengecut kepada keadaan asal.
Singkir mekonium
Di dalam usus bayi yang lahir, terdapat beberapa jenis bahan yang dikenali sebagai mekonium. Bahan ini jika tidak dibuang akan memberi kesan yang buruk kepada bayi. Oleh yang demikian, kolostrum yang terdapat dalam susu ibu boleh menyingkirkan bahan tersebut daripada tubuh bayi.
Mudah dihadamkan.
Bayi lebih mudah hadam jika menyusu secara ekslusif. Ini disebabkan oleh enzim yang terkandung dalam susu ibu membantu proses penghadaman. Dalam pada itu, khasiat yang terdapat dalam susu ibu lebih cepat diserap ke dalam sistem tubuh bayi berbanding susu formula.
Pencegah penyakit
Bayi yang disusukan secara ekslusif jarang sekali dihinggapi penyakit. Ini kerana susu badan mengandungi antibodi kepada pelbagai jenis penyakit. Kira-kira 80 peratus sel dalam susu ibu terdiri daripada makrofaj. Sel berkenaan berfungsi untuk membunuh bakteria, fungus dan virus. Oleh itu, jika bayi disusukan secara ekslusif, mereka terlindung daripada daripada pelbagai jenis penyakit berbahaya termasuklah pneumonia, botulism, bronkitis, jangkitan telinga, influenza dan banyak lagi.
Elak pendarahan
Apabila menyusukan bayi, tubuh anda akan mengeluarkan ok
Tips nak hamil
Kepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, saya sarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut: Elakkan: Minum coca cola, pep...