@inurislam

@inurislam

Showing posts with label menyusu dan berpantang. Show all posts
Showing posts with label menyusu dan berpantang. Show all posts

Friday, 6 March 2015

Bekalan susu yang rendah

Apakah itu?

Hampir semua ibu yang baru menyusukan bayi akan melalui satu tempoh masa di mana mereka meragui sama ada bekalan susu mereka mencukupi atau tidak.

Apabila ibu-ibu ditanya apa sebabnya mereka tidak menyusukan anak atau hanya memberi susu badan bagi jangka masa yang pendek, mereka memberikan sebab utama sebagai, "Saya fikirkan bekalan susu saya tidak mencukupi". Sebenarnya, menurut sebilangan besar pakar, jarang berlaku situasi di mana ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi.

Kebanyakan wanita merasakan bekalan susu mereka adalah rendah walaupun sebenarnya ianya tidak.

Kekurangan mungkin ada jika ibu tidak lagi mengalami refleks susu terkeluar dengan tiba-tiba atau tidak lagi ada perasaan buah dada penuh atau susu tidak lagi bocor dari puting.

Sebenarnya, semua tanda-tanda ini adalah tanda-tanda biasa yang menunjukkan bahawa badan anda sudahpun menyesuaikan diri dengan keperluan penyusuan bayi anda. Juga, bayi yang sedang membesar akan memerlukan lebih banyak susu, dan, oleh itu, memang merupakan perkara biasa jika anda meragui sama ada bekalan susu anda memadai.

Sesetengah bayi pula lebih cepat dan efisien dalam penyusuan dan memerlukan sedikit masa sahaja untuk habis menyusu, dan ini juga boleh menyebabkan anda bimbang yang bekalan susu anda tidak mencukupi.

Mungkin ada masa-masanya sesetengah ibu tidak menghasilkan susu yang ke tahap yang maksimum, tetapi, sekiranya mereka betul-betul memahami proses penyusuan, itu akan membantu mereka mengatasi masalah ini.

Hanya kira-kira dua peratus ibu sahaja, atas sebab-sebab fizikal, yang tidak boleh menghasilkan susu secukupnya.

Apakah puncanya?

Bagi kebanyakan wanita, masalah sebenarnya ialah penghantaran, bukan penghasilan. Mereka menghasilkan susu yang banyak tetapi disebabkan bayi mereka tidak dapat melekap dengan baik dan tidak menyusu dengan efektif, bayi tidak memperolehi susu yang secukupnya.

Buah dada dicipta untuk menghasilkan susu bagi memenuhi keperluan bayi anda. Lebih banyak bayi anda menyusu, lebih banyak susu yang anda akan hasilkan.

Sekiranya bekalan susu anda menurun pada satu-satu masa, beberapa perkara akan dapat dikesan, iaitu, anda akan:

mengalami puting yang pedih dan mengalami kesakitan semasa menyusukan ; atau,

mempunyai bayi yang mengantuk dan perlu dirangsang untuk menyusu;
bayi anda kerap menggunakan puting, dan ini akan mengurangkan jumlah masa dia menyusu; atau

terlalu terikat kepada rutin menyusu empat jam sekali dan ini akan mengakibatkan pengurangan susu anda.

Anda harus sedar yang anda hanya perlu menyusukan bayi anda apabila dia minta untuk menyusu, dan elok tidak mengikut rutin.

Bagi beberapa wanita, masalah biologi atau fizikal seperti ketidakseimbangan hormon atau terdapat kecederaan buah dada atau pembedahan boleh menyebabkan bekalan susu mereka berkurangan.

Walau bagaimanapun, oleh sebab penghasilan susu merupakan satu perlakuan yang penting, kebanyakan ibu yang mempunyai keadaan seperti ini mendapati mereka masih boleh menghasilkan susu yang cukup untuk menyusukan bayi mereka.

Apakah yang perlu saya lakukan?

Pertama, jangan risau sangat tentang bekalan susu anda. Adalah perkara mudah bagi anda mengetahui sama ada bayi anda ada mendapat jumlah susu yang secukupnya atau tidak.

Penambahan berat badan adalah cara terbaik untuk menentukan sama ada bayi anda mendapat susu yang secukupnya.

Bayi baru lahir selalunya mengalami penurunan berat kelahiran mereka antara lima hingga 10 peratus semasa beberapa hari pertama, tetapi selepas itu, bayi anda sepatutnya mula menambah berat badannya.

Jika bayi ditimbang semula semasa berusia antara seminggu hingga 10 hari, anda akan dapati bahawa dia sudah mula membesar dan bertambah berat badan.

Jika anda menjawab ya bagi soalan-soalan berikut, ini bermakna bayi anda sudah mendapat susu badan yang secukupnya, justeru, anda menghasilkan susu yang mencukupi.

Adakah dia kencing lima hingga lapan kali sehari?

Adakah dia kelihatan sihat dan aktif?

Adakah najisnya berwarna kuning mustard?

Najis bayi yang menyusu badan akan bertukar dari warna hijau pekat atau hitam pekat yang dikatakan mekonium, kepada warna kuning mustard pada hari kelima selepas kelahiran. Najis bayi anda: Apa yang normal dan apa yang tidak.

Bacalah artikel kami mengenai tanda-tanda yang menunjukkan bahawa bayi anda mendapat susu secukupnya untuk maklumat lanjut.

Jika anda merasakan yang anda tidak menghasilkan susu secukupnya seperti yang anda (dan bayi) mahukan, ajarkan bayi anda cara melekap seberapa baik yang boleh.

Nasihat khusus dari kaunselor penyusuan boleh anda dapatkan.

Mintalah pakar ginekologi, guru antenatal atau doktor keluarga anda untuk mencadangkan kaunselor atau anda juga boleh merujuk sumber direktori organisasi penyusuan kami untuk nasihat.

Untuk meningkatkan bekalan susu anda:

Biarkan bayi anda menyusu seberapa kerap yang dia mahu, dan berapa lama yang dia mahu,

dan berikan kedua-dua buah dada anda setiap kali anda menyusukan.

Berikan dia hanya susu badan sahaja dan elakkan daripada menggunakan puting sebab ini akan mengurangkan masa dia menyusu.

Jangan cari jalan mudah dengan mengisi penuh dengan susu formula (ini dikatakan "melengkapkan").

Bekalan susu anda akan selaras apabila badan anda menyesuaikan diri dengan permintaan bayi anda.

Jika anda mengenyangkan dia dengan susu formula, bayi anda tidak akan membuat permintaan susu yang banyak dan bekalan susu anda akan menurun.

Dalam masa anda mencuba memperbaiki cara pelekapan bayi anda, anda juga boleh cuba memerah susu anda selepas setiap penyusuan.

Memerah keluar baki susu seberapa yang boleh akan membantu merangsang bekalan susu anda.

Jika anda menyimpan susu ini dalam peti ais atau penyejuk beku, anda boleh menggunakan susu badan anda sendiri untuk memberi susu tambahan kepada bayi anda pada masa dia berasa amat lapar, mungkin pada waktu petang.

Dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran, adalah baik jika anda mengejutkan bayi jika dia mengantuk dan menggalakkan dia untuk menyusu dengan lebih kerap.

Ini akan merangsang buah dada anda untuk menghasilkan lebih banyak susu.

Jika bayi anda sukar untuk digerakkan atau tidak dapat menyusu dengan baik, cara untuk mengatasi ini ialah dengan memerah keluar susu anda dan menyuap bayi melalui cara lain (cawan, sudu atau botol);

keperluan menyusu bayi dipenuhi dan pada masa yang sama ia akan merangsang peningkatan bekalan susu anda.

Walau bagaimanapun, pada hari-hari yang berikutnya, bayi yang penuh terma adalah lebih terjaga dan aktif.

Jika bayi anda masih perlu dirangsang untuk menyusu, ini bermakna sama ada dia tidak dapat melekap dengan betul atau dia kurang sihat dan dengan itu, anda sepatutnya menghubungi doktor.

Sesetengah gangguan kesihatan juga boleh menyebabkan bekalan susu yang rendah:

tahap tiroid yang rendah (dan kadang-kala tinggi);

kehilangan jumlah darah yang banyak semasa bersalin atau selepas itu (bekalan susu anda akan terjejas sehingga anda sembuh);

komplikasi disebabkan sebahagian plasenta masih berada dalam rahim; ini akan mengganggu penghasilan susu sehingga ia lepas keluar atau ditarik keluar;

ubatan (contohnya kombinasi pil pencegah kehamilan dan ubat selesema dengan dekongestan seperti pseudophedrine) mungkin boleh mengurangkan bekalan susu.

Adakah ini menjejaskan bayi saya?
Ya, jika bayi anda sentiasa memerlukan susu lebih daripada apa yang diperolehinya, dia akan gagal untuk berkembang dengan sempurna.

Hubungi doktor anda dan buatlah temu janji dengan segera jika berat badan bayi anda tidak bertambah atau didapati menurun. Selalunya memperbaiki teknik penyusuan ibu boleh menyelesaikan masalah ini, tetapi dalam sesetengah kes, penambahan berat badan yang perlahan adalah petanda masalah kesihatan.
Masihkah saya boleh menyusu?
Ya, terutama sekali jika anda sedang mengalami pengurangan bekalan susu buat sementara waktu. Sebenarnya, memastikan penyusuan yang efektif adalah cara yang paling baik untuk meningkatkan penghasilan susu.


Banyak manakah susu formula yang diperlukan oleh bayi saya?

Semasa memberi susu formula kepada bayi, salah satu perkara yang amat mengelirukan ialah bagaimana hendak menentukan jumlah susu yang diperlukan olehnya. Tiada jawapan yang pasti untuk soalan ini – ia berdasarkan kepada usia bayi anda, berat badannya dan sama ada anda menyusukan dia dengan susu formula sahaja atau mencampurinya dengan susu badan atau makanan pejal.

Di sini diberikan beberapa panduan untuk membantu anda menentukan jumlah susu formula yang diperlukan oleh bayi anda:
Darabkan berat bayi anda dengan 2.5-2.7 auns formula
Jika bayi anda tidak mengambil sebarang makanan pejal (umur yang disarankan untuk mula makan makanan pejal ialah enam bulan), perkiraan yang biasa dipakai bagi menentukan jumlah susu formula ialah 2.5-2.7 auns (oz) bagi setiap per paun (lb) berat badan. Jadi:
jika berat bayi anda ialah 6lb, dia perlu minum susu formula sebanyak 15 atau 16 auns dalam tempoh 24 jam;
jika beratnya ialah 10lb, dia harus minum susu lebih kurang 25-27 auns dalam jangka masa 24 jam.
Sila ambil perhatian: perkiraan yang biasa dipakai ini tidak begitu tepat untuk digunakan bagi ukuran metrik.

Harap ingat bahawa perkiraan yang disarankan ini merupakan garis panduan am, dan doktor keluarga atau pakar pediatrik anda boleh menasihatkan anda mengenai jumlah susu formula secara betul bagi bayi anda semasa ia membesar. Selain itu, garis panduan ini tidak boleh digunakan untuk bayi pramatang atau bayi yang dilahirkan kurang berat – jadi, mintalah nasihat daripada doktor anda sekiranya bayi anda termasuk dalam salah satu daripada dua kategori ini.
Mengambil kira usia bayi anda
Jumlah susu formula yang diperlukan oleh bayi anda bukan hanya bergantung kepada beratnya sahaja, tetapi juga usianya. Jangan harap bayi yang baru lahir (atau mana-mana bayi) mengikuti jadual tertentu atau sesuatu yang berasaskan matematik.

Untuk bayi yang baru lahir, cuba berikan hanya 30-60ml / 2 auns susu formula setiap kali dia menyusu pada minggu pertama. Apabila bayi anda berusia satu bulan, dia mungkin akan mengambil 90-120ml / 3-4 auns setiap kali dan akan mengambil 400-800ml / 14-28 auns sehari. Tidak lama nanti anda akan tahu sama ada bayi anda mahu jumlah yang lebih – dia akan menghabiskan botolnya dengan cepat dan akan meminta lagi!

Dari usia dua bulan sehingga usia enam bulan, anda perlu memberikan bayi anda sebanyak 120-180ml / 4-6 auns setiap kali dia menyusu, dan ini bermakna dia mengambil dari 700ml sehingga lebih dari 1 liter / 23-35 auns, dalam masa sehari.

Apabila bayi anda mencecah usia enam bulan, anda boleh memberinya di antara 180-220ml / 6-8 auns setiap kali dia menyusu, dan dia seharusnya mengambil lebih kurang 900ml / 32 auns formula setiap hari.

Apabila anda mula menambah makanan pejal ke dalam dietnya, jumlah susu formula yang diambilnya perlu dikurangkan secara berperingkat sehingga kira-kira 720ml / 24 auns. Agensi Piawaian Makanan UK menyarankan bahawa apabila bayi anda telah membiasakan diri dengan makanan pejal (mengambil tiga hidangan sehari), dia seharusnya mengambil kira-kira 600ml / 20 auns atau satu pain susu formula sehari bersama pelbagai makanan lain sehingga usianya satu tahun. Selepas usia satu tahun, dia boleh bertukar dari formula ke susu lembu penuh krim.

Ingatlah bahawa ini hanya merupakan garis panduan am sahaja, dan anda akan mendapat tahu dari bayi sama ada dia mendapat terlalu banyak atau terlalu sedikit susu formula. Jika anda tidak pasti, sila bercakap dengan doktor anda.
Jangan menggantikan susu formula dengan makanan pejal terlalu awal
Apabila anda memperkenalkan makanan pejal kepada bayi anda pada usia kira-kira enam bulan, susu badan atau susu formula masih merupakan nutrisi utamanya sehingga dia berusia setahun.

Semasa bayi sedang membiasakan diri dengan makanan pejal (maksudnya bayi anda mengambil makanan pejal kurang daripada tiga kali sehari atau tidak makan banyak setiap kali), pada masa ini kebanyakan bayi tidak mendapat makanan pelbagai yang secukupnya untuk memenuhi keperluan nutrisinya. Pada peringkat ini, pengambilan susu formula setiap hari sepatutnya di sekitar 720ml / 24 auns.

Elakkan jus yang tidak mempunyai nutrisi yang sama dengan susu formula.
Bayi andalah yang akan membimbing
Semua bayi bukan mempunyai selera yang sama dan kebanyakan bayi bertukar selera dari hari ke hari dan bulan ke bulan. Bayi anda akan makan apabila dia memerlukan, yang penting ialah anda mengetahui kiu atau petanda yang diberinya dan bertindak balas secara yang sesuai.

Pastikan anda tidak memberikan susu secara automatik setiap kali bayi anda menangis - lama-kelamaan anda akan dapat membaca perlakuannya dan mula mengetahui sama ada dia lapar atau hanya memerlukan perhatian.


Apakah cara terbaik untuk menyimpan susu badan?

Untuk menyimpan susu badan, pilih bekas yang disterilkan dan bertutup dengan rapat.
Gelas atau plastik keras adalah pilihan yang lebih baik untuk menyimpan susu bagi tempoh yang lama.
Beg sejuk khas juga boleh dibeli. Pilih beg sejuk beku yang tebal atau bahagian luarnya diperbuat daripada nilon.

Anda boleh menyimpan susu badan:
Pada suhu bilik tidak melebihi daripada 25 darjah C, selama empat jam.
Dalam peti ais bersuhu 4 darjah C atau lebih rendah tidak melebihi 24 jam.
Dalam peti sejuk beku bersuhu -20 hingga -18 darjah C, yang tidak mempunyai kitar nyahbeku, selama tiga hingga enam bulan.
Simpanlah susu di bahagian belakang peti sejuk atau peti sejuk beku, jauh dari pintu sebab item yang disimpan di hadapan lebih mudah terjejas dengan perubahan suhu semasa anda membuka peti sejuk beku.

Sebagai tambahan kepada garis panduan, elok juga bagi anda mengetahui perkara yang berikut:
Anda boleh mencampurkan susu yang baru dipam dengan susu beku jika ia didinginkan dahulu sekurang-kurangnya sejam, dan jumlahnya adalah kurang daripada jumlah susu yang telah beku.
Jika anda akan membekukan susu badan, lakukannya dalam masa 24 jam.
Susu yang dialihkan dari peti sejuk beku ke peti ais boleh disimpan sehingga 24 jam.

Susu segar mengekalkan lebih banyak ciri-ciri perlindungannya berbanding dengan susu beku, jadi sejauh mana yang boleh, gunakan susu yang disejukkan dan bukan susu beku untuk menyusukan bayi anda. Tetapi ingatlah bahawa susu badan yang dibekukan masih mempunyai lebih khasiat kesihatan daripada susu formula.

Ingatlah, apabila anda mengepam susu, cuci tangan anda dan pastikan pam buah dada dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu tersebut.


Bagaimanakah saya boleh meningkatkan jumlah susu yang saya keluarkan?

Lebih kerap anda mengeluarkan susu, akan lebih banyak susu yang dihasilkan, tetapi menyusukan dengan lebih kerap (selagi susu masih mengalir) adalah lebih efektif daripada menyusukan dalam masa yang lebih panjang. Apabila anda berjauhan dengan bayi anda, dan perlu mengepamkan susu keluar, cuba relaks ketika itu dan fikirkanlah bayi anda, dan jika perlu, bawa gambarnya bersama atau barang kepunyaannya seperti baju atau selimut. Ini membantu merangsang refleks yang menenangkan, yang terhenti buat sementara jika anda tertekan atau letih.

Menggunakan pam secara berganda mengambil masa yang lebih singkat. Juga, menyusukan bayi di sebelah buah dada sambil mengepam buah dada yang lagi satu juga akan mempercepatkan proses. Meletakkan flanel hangat pada buah dada anda atau mandi air panas sebelum mengepam akan membantu meningkatkan bekalan darah ke kawasan tersebut dan ia akan memudahkan lagi proses pengaliran. Walaupun ramai ibu mendapati pam buah dada mudah dan sesuai digunakan, tidak semua buah dada wanita akan bertindak balas dengan baik kepada pam buah dada – sesetengah daripadanya akan mendapati bahawa mengeluarkan susu menggunakan tangan adalah lebih efektif.

Jika anda merancang untuk kembali bekerja, anda akan merasa kurang tertekan jika anda sudah mula mengepam beberapa minggu lebih awal. Ini bukan hanya memberikan masa untuk anda berasa yakin dengan keupayaan anda untuk mengeluarkan susu, tetapi anda juga akan mempunyai bekalan susu beku untuk kegunaan di masa hadapan. (Baca dengan lebih lanjut mengenai bagaimana untuk menyimpan susu badan dengan selamat.)

Mengeluarkan susu selalunya menjadi lebih produktif dengan latihan, jadi jangan risau jika anda hanya mengeluarkan sedikit susu pada awalnya. Waktu terbaik untuk mengeluarkan susu berbeza bagi setiap wanita tetapi buah dada anda selalunya berasa lebih penuh pada waktu pagi. Pilih masa yang mana anda tidak tergesa-gesa dan tidak akan diganggu.


Disemak semula oleh pendidik antenatal dan perunding penyusuan ibu Jennifer Hor. Beliau juga adalah penulis bersama Asian Parenting Today


Duktus tersumbat

Apa itu duktus tersumbat?
Terdapat dua jenis duktus tersumbat. Jika anda mengalami benjolan bengkak di buah dada anda yang berasa sakit, lazimya disertai radang kemerahan yang bertompok pada kulit berdekatan benjol itu, ini dikatakan "duktus susu tersumbat". Malah, duktus ini sebenarnya tidak tersumbat tetapi tisu di sekitar duktus susu itu radang dan menekan duktus tersebut. Duktus tersumbat sebenarnya adalah mastitis di peringkat awal.

Duktus yang betul-betul tersumbat jarang berlaku dan selalunya berlaku dalam beberapa minggu atau bulan selepas ibu mula menyusukan. Biasanya benjolan itu sakit dan kadang-kala terdapat juga tompok merah.

Sesetengah wanita akan mengesan satu tompok putih kecil pada hujung puting mereka, iaitu tanda saluran tersumbat dan sel kulit tumbuh di atasnya. Ini sebenarnya ialah lecur yang mudah dirawat. Jika anda menghidapinya, anda boleh merawatnya dengan mencucuk hujungnya dengan jarum yang steril. Lakukan ini selepas bayi anda telah menyusu iaitu apabila kulit anda lebih lembut.
Apa punca duktus tersumbat?
"Duktus tersumbat" (deskripsi yang lebih tepat ialah radang duktus) selalunya disebabkan oleh buah dada yang tidak "diperah" dengan efektif oleh bayi semasa dia menyusu. Jika buah dada tidak disalirkan dengan betul, susu akan terus "mengundur" disebabkan penhasilan lebih cepat daripada saliran. Susu ini akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan keradangan, tisu jadi merah, panas dan sakit.

Perasaan seakan-akan selesema mungkin mengiringi mastitis dan ianya bukanlah tanda jangkitan (walaupun mastitis boleh menjadi jangkitan, selalunya ia adalah keradangan). Perasaan seakan-akan selesema ini adalah tanda bahawa badan anda menyangkakan susu itu sebagai protin asing dan sistem imuniti anda bertindak melawannya.
Apa yang boleh saya lakukan mengenainya?
Masalah duktus tersumbat boleh diselesaikan dengan memastikan bayi anda menyusu dengan efektif. Untuk melakukannya, dia mesti melekap pada dada anda dengan rapat. Panduan langkah-demi-langkah kami menunjukkan bagaimana ini dilakukan.

Adalah penting untuk bertindak dengan segera supaya anda dapat menghapuskan simptom awal sebelum ia mengembang menjadi mastitis sebenar.

Jika boleh, hubungilah pakar runding penyusuan dengan segera. Beliau dapat memastikan cara pelekapan bayi yang betul dan membantu bayi anda menyusu dengan efektif. Ini akan membolehkan susu terus disalirkan terus melalui buah dada anda. Rujuk penyusuan A-Z kami untuk bantuan atau berbincang dengan pakar pediatrik, pakar obstetrik atau doktor keluarga anda yang boleh mencadangkan seorang pakar runding.

Buat masa ini, ingatlah bahawa:
Penting untuk terus menyusukan bayi anda walaupun ianya menyakitkan. Menyusulah sekerap mungkin dan elakkan masa yang panjang di antara penyusuan.
Mempelbagaikan posisi penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik.
Mengambil panadol boleh membantu melegakan keradangan dan kesakitan.
Menggunakan pam buah dada selepas setiap penyusuan boleh membantu mengeluarkan susu.
Mengurut buah dada anda sebelum dan selepas penyusuan adalah sangat efektif.
Meletakkan kain flanel yang hangat (atau sejuk) di buah dada, bermandikan air panas dan urutan lembut juga boleh membantu.

Jika simptom anda tidak menyusut (selalunya selepas 24 jam) atau jika anda mula berasa sakit dan seakan-akan mendapat selesema, hubungilah doktor anda. Anda mungkin menghidapi mastitis dan anda memerlukan antibiotik jika anda mendapat jangkitan. Bacalah artikel kami mengenai mastitis untuk maklumat lanjut.
Adakah ini akan menjejaskan bayi saya?
Kadang-kala, aliran susu anda pada buah dada yang terjejas itu lebih perlahan daripada biasa dan ini mungkin menyebabkan bayi anda menjadi "cerewet" apabila menyusu pada buah dada tersebut. Selain itu, ia tidak akan menjejaskan bayi anda.
Bolehkah saya terus menyusu?
Adalah penting untuk terus menyusu supaya bayi anda dapat menyalirkan buah dada dan mengeluarkan semua susu, dan anda boleh mengelakkan daripada meng


Ibu bekerja dan mengepam susu

Apakah kelebihannya mengepam susu di tempat kerja?
Mengepam susu badan di tempat kerja boleh menjadi suatu gangguan, dan melakukan perkara yang peribadi ini di persekitaran kerja adalah pelik. Tetapi kebanyakan ibu mengetahui faedahnya adalah lebih berbanding kesukarannya. Anda akan dapat membekalkan faedah kesihatan dan khasiat yang hanya diperolehi dari susu badan kepada bayi anda, dan mengepam susu badan merupakan satu cara yang baik untuk anda berasa rapat dengan bayi anda pada waktu-waktu anda di tempat kerja.

Satu perkara terbaik mengenai mengepam susu badan di tempat kerja ialah anda pulang ke rumah kepada bayi yang masih mahu menyusu - anda boleh mendakapnya dengan segera, memperkuatkan ikatan anda, dan memeliharanya dengan cara yang tidak boleh dilakukan oleh orang lain. Untuk memastikan bayi anda masih mahu menyusu apabila anda pulang ke rumah, minta penjaga anda supaya jangan memberikan susu kepadanya sejam sebelum anda pulang atau berikannya hanya sedikit susu untuk menghilangkan rasa laparnya. Dengan ini, anda dan bayi anda akan tertunggu-tunggu untuk bersama setiap hari.
Bagaimana saya boleh mengepam susu badan dengan baik di tempat kerja?
Anda akan memerlukan:
satu pam – pam elektrik berbentuk dua adalah yang paling efisien tetapi harganya mahal (ramai wanita juga selesa menggunakan pam tangan);
botol susu;
akses kepada peti sejuk atau kotak sejuk;
lapit buah dada.

Elok sekiranya anda mula mengepam susu badan di rumah sebelum kembali bekerja selepas bersalin. Ini ialah supaya anda tahu apa yang sebenarnya akan berlaku dan dapat membiasakan diri dengan sensasi aneh apabila dua sarung pam ditekan pada buah dada anda. Anda harus mengepam sama kerap seperti kekerapan bayi menyusu sebab anda boleh menyimpan susu itu dalam peti sejuk sebagai bekalan. Sekiranya anda mengepam secara kerap tanpa mengikut jadual menyusu, anda akan mendapat sedikit susu sahaja berbanding dengan mengepam pada waktu menyusu penuh; walau bagaimanapun, jika anda mengepam semasa waktu bukan menyusu dan di samping itu menyusukan bayi pada masa yang sama, anda akan menghasilkan susu berlebihan dan akan berasa tidak selesa. Bila anda baru mula mengepam, anda mungkin dapat mengumpulkan sedikit susu sahaja, tetapi tidak lama nanti, anda akan mendapat beberapa auns setiap kali mengepam selama 15 hingga 20 minit.

Secara idealnya, anda perlu mempunyai akses ke sebuah bilik persendirian di tempat kerja, seperti bilik pejabat yang tidak digunakan atau bilik persidangan atau bilik stor yang besar dan bersih yang lengkap dengan kerusi, meja dan poin kuasa. Minta staf sumber manusia untuk mencadangkan tempat sesuai dan cuba dapatkan sokongan rakan sekerja atau pengurus anda. Jika terdapat permintaan lain (mungkin seorang lagi ibu yang menyusukan), anda boleh meminta disediakan bilik ibu-ibu susu di pejabat. Senario paling teruk ialah apabila anda perlu mengepam di kubikel bilik air. Pakar BabyCenter Jennifer Hor mencadangkan supaya anda hanya melakukannya untuk mengurangkan kebengkakan. Melihat keadaan (lazimnya) kurang ideal bilik-bilik air di Malaysia, susu yang dipam perlu dibuang sahaja.
Adakah saya perlu memberitahu rakan sekerja saya bahawa saya sedang mengepam susu?
Anda tidak perlu memberitahu rakan sekerja anda apa yang anda lakukan semasa waktu rehat anda jika anda berasa tidak selesa, tetapi anda perlu memberitahu ketua anda. Dia perlu tahu bahawa mengepam susu tidak akan menganggu kerja anda, jadi yakinkannya bahawa menyusukan bayi anda dengan cara ini akan menenangkan anda sebab anda tahu bayi anda akan mendapat yang terbaik. Ini akan membuatkan anda menumpukan perhatian sepenuhnya pada kerja.
Bagaimanakah saya boleh memaksimakan pengeluaran susu badan saya?
Relaks dan lihat gambar bayi anda atau gambarkan rupanya semasa anda mengepam. Setelah pam buah dada berfungsi dengan baik, ramai ibu mendapati yang mereka boleh menggunakan masa mengepam tersebut dengan pembacaan berkaitan kerja.

Bilakah saya perlu mengepam?
Ia bergantung kepada anda tetapi cuba melakukannya pada masa yang sama setiap hari. Jika anda boleh mengepam setiap tiga jam, anda akan boleh menghasilkan jumlah susu yang diperlukan oleh bayi anda. Mengepam sekali atau dua kali sehari adalah lebih realistik, dan ianya mencukupi untuk memenuhkan bekalan susu anda untuk penyusuan pada waktu pagi, petang dan hari minggu.
Bagaimanakah saya memindah, menyimpan dan menghangatkan susu badan?
Ia adalah penting untuk menyediakan bekalan di dalam peti beku sebelum anda kembali bekerja sebab anda akan memerlukan susu yang secukupnya pada hari pertama anda bekerja.
Pam dan simpan susu sama ada dalam botol kaca atau plastik atau beg plastik yang dibuat khas untuk tujuan ini. Kajian menunjukkan bahawa sel darah putih mungkin akan melekat pada kaca dan tidak pada plastik, dan ini menjadikan plastik sebagai pilihan yang lebih baik (botol kaca tidak boleh dibekukan sebab ia akan retak). Kelemahan beg plastik ialah ia mudah terkoyak dan ini hanya akan disedari setelah susu mencair. Ia juga mudah terbalik semasa sedang dicairkan! Labelkan dan letakkan tarikh pada botol dan beg, dan gunakan mengikut tarikh terawal dahulu. Pastikan ada ruang pada botol atau beg untuk pengembangan susu semasa pembekuan.
Simpan susu yang baru dipam (dilabelkan dengan nama anda) dalam peti sejuk pejabat atau bekas pendingin semasa di tempat kerja. Bawa ia pulang dalam bekas pendingin yang berisi pek ais jika perjalanan anda melebihi 30 minit – susu yang baru dipam adalah OK pada suhu bilik iaitu 25 darjah Centigrade atau lebih rendah untuk sehingga empat jam. Jika anda memandu, halakan alat penghawa dingin pada susu sepanjang perjalanan ke rumah anda.
Jika anda menyejukkan atau mendinginkan susu yang dipam, anda boleh menambahkannya ke dalam botol yang sudah mengandungi susu beku.
Jika anda menyejukkan susu yang anda pam pada hari Isnin, penjaga anda boleh memberikannya kepada bayi anda pada hari Selasa dan seterusnya.
Cairkan susu yang beku dengan memegang botol atau beg di bawah aliran air suam atau letakkan di dalam mangkuk yang berisi air suam. Jangan guna ketuhar gelombang mikro atau dapur: suhu tinggi akan memusnahkan sesetengah nutrien. Susu akan berpisah dari patinya, jadi anda perlu menggoncangkannya sedikit semasa menghangatkan atau sebelum memberikannya kepada bayi anda.


Tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda mendapat susu yang mencukupi

Bagaimana saya akan tahu jika bayi saya mendapat susu yang cukup?
Dalam beberapa minggu pertama, anda mungkin tertanya-tanya jika bayi anda mendapat susu yang secukupnya, terutamanya jika dia mahu menyusu setiap masa atau ternampak tidak puas selepas menyusu. Apabila telah lepas satu atau dua hari pertama, bayi anda akan selalu berasa lapar. Dan kemungkinannya memang dia lapar, sebab susu badan selesai dicernakan dalam dua jam selepas dia menyusu.

Kebanyakan bayi baru lahir mahu menyusu lapan hingga 15 kali sehari pada tiga atau empat hari pertama kehidupannya. Ramai bayi yang masih menyusu 10-12 kali sehari selepas minggu pertama. Bayi akan terus menyusu begini sehingga satu minggu lagi sebelum mengurangkan penyusuan ke lapan hingga 10 kali sehari.

Susukan bayi anda sekerap yang dia kehendaki. Anda dapati bahawa anda tidak boleh lagi melakukan kerja harian biasa dalam beberapa minggu pertama semasa menyempurnakan rutin menyusukan bayi.

Malangnya, menimbang berat badan bayi pada beberapa hari pertama tidak akan menyakinkan anda, sebab berat badan bayi baru lahir selalunya turun lima hingga 10 peratus daripada berat lahir mereka dalam minggu pertama atau seterusnya. Walau bagaimanapun, bayi anda sepatutnya menambah berat badan selepas itu, dan jika anda menimbangnya semula pada hari ke-10 hingga ke-14, anda akan mendapati berat badan bayi anda sudah pulih kepada berat lahirnya.

Terdapat beberapa cara untuk mengukur jika bayi anda menyusu secukupnya, dan terdapat juga tanda-tanda yang dia tidak menyusu secukupnya. Penyahidratan dalam bayi baru lahir jarang berlaku tetapi anda perlu mengetahui tanda-tanda bayi menyusu dengan sempurna supaya anda boleh menghubungi doktor anda jika terdapat sebarang keadaan yang tidak menyenangkan. Ini termasuklah:
Bayi anda menyusu lapan hingga 10 kali sehari pada dua atau tiga minggu pertama.
Buah dada anda sudah melepaskan susu sepenuhnya dan berasa lebih lembut selepas penyusuan.
Kulit bayi anda berasa tegang – ia akan memantul semula apabila dicubit.
Sepatutnya terdapat sekurang-kurangnya enam kali tukaran lampin basah dalam masa 24 jam. (Lebih mudah untuk mengetahui lampin biasa yang basah daripada lampin pakai buang yang basah.) Urin bayi anda akan berwarna jernih dan tidak berbau.
Kelihatan bayi menelan semasa penyusuan.
Najis bayi anda berwarna kuning gelap atau sering gelap, atau najis semakin berwarna cerah pada hari kelima selepas kelahiran.
Apakah tanda-tanda amaran bahawa bayi saya tidak mendapat susu secukupnya?
Tanda-tanda bahawa bayi anda tidak mendapat susu secukupnya selalunya termasuk perkara yang berikut:
Bayi anda tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu.
Payu dara anda tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan.
Bayi anda meragam atau sering letih.
Pipi bayi anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini adalah tanda yang bayi anda tidak menghisap dengan betul dan anda perlu mendapatkan nasihat pakar perunding penyusuan untuk memastikan anda menggunakan teknik yang betul.)
Selepas hari kelima kelahiran, anda tidak menyalin lampin bayi anda sebanyak enam hingga lapan kali dalam masa 24 jam.
Bayi anda tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap lima hari atau lebih selepas kelahiran.
Bayi anda semakin berwarna kekuningan, bukannya semakin kurang, selepas minggu pertama.
Muka bayi anda tidak berisi dalam masa tiga minggu.
Kulit bayi anda tetap berkerut selepas minggu pertama.

Jika anda risau mengenai sebarang tanda-tanda berikut, hubungi doktor atau ahli pediatrik keluarga anda.

Anda akan tahu yang anda menyusukan bayi dengan secukupnya apabila:
bayi anda melekap pada buah dada anda dengan baik dan menyusu apabila terasa lapar;
penyusuan adalah selesa dan tidak menyakitkan;
dan, bayi anda akan menukar ritmanya semasa menghisap dan berhenti seketika semasa penyusuan, mula menyusu tanpa berhenti dan melepaskan hisapan secara spontan apabila sudah kenyang.

Jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda berikut, anda menyusukannya dengan secukupnya. Salah satu perkara yang paling sukar semasa memulakan penyusuan ialah merasa yakin bahawa anda menyusukan bayi anda secukupnya. Memang anda menyusu dengan betul, tetapi jangan teragak-agak untuk mendapat nasihat dan bantuan daripada ahli pediatrik, doktor keluarga atau perunding penyusuan semasa peringkat awal penyusuan.


Menyusu Badan Kali Pertama

Jika anda baru mula memberi bayi anda susu badan, anda sedang melakukan perkara terbaik untuknya. Namun jika ia tidak berlaku secara natural, janganlah bimbang. Ramai ibu yang sukar melakukannya sehinggalah mereka telah biasa. Kami akan membantu anda dalam langkah-langkah pertama ini.
Benarkah susu ibu adalah yang terbaik?
Benar, susu ibu atau susu badan adalah makanan terbaik untuk bayi anda. Tanyalah mana-mana pakar kesihatan dan mereka akan mengatakan bahawa cara yang paling sihat untuk memberi makan kepada bayi baru lahir ialah dengan menyusukan bayi anda. Bayi yang diberi susu badan sejak lahir kurang berkemungkinan jatuh sakit dalam tahun pertamanya. Memberi bayi susu badan dapat membantunya mengelakkan penyakit seperti:
gastroenteritis;
pneumonia dan bronkolitis;
jangkitan salur kencing;
ekzema;
jangkitan telinga.
Susu ibu juga dapat mengekalkan kesihatan bayi untuk jangka masa panjang. Satu kajian menunjukkan bahawa mereka yang diberi susu badan ketika bayi mempunyai tekanan darah yang lebih rendah, kadar kolesterol lebih rendah dan kurang berkemungkinan menghidap penyakit diabetes jenis 2 apabila dewasa berbanding mereka yang diberi susu formula.

Namun faedahnya bukan terhad kepada bayi sahaja. Menyusu badan juga baik untuk anda. Ia dapat mengurangkan risiko menghidap kanser payu dara sebelum menopaus (putus haid). Ia juga membantu melindungi anda daripada kanser ovari dan osteoporosis (tulang lemah) ketika lanjut usia.

Organisasi Kesihatan Dunia dan Kementerian Kesihatan Malaysia mengesyorkan supaya bayi diberi susu badan sahaja selama enam bulan yang pertama. Mereka juga menasihatkan para ibu supaya meneruskan penyusuan badan setelah bayi mula makan makanan pejal, sehingga usia bayi satu tahun atau lebih, jika boleh.

Susu ibu merupakan sumber makanan yang lengkap; ia mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh bayi anda. Ia mengandungi sekurang-kurangnya 400 jenis nutrien termasuk hormon dan bahan melawan penyakit yang tidak terdapat dalam susu formula. Malah, kandungan nutriennya juga berubah mengikut keperluan bayi anda semasa dia membesar. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai bagaimana badan anda menghasilkan susu badan.

Dan selain daripada manfaat pengembangan minda dan imuniti terhadap jangkitan yang terkandung dalam susu ibu, yang tidak boleh ditiru oleh mana-mana susu formula, penyusuan badan boleh membantu membina ikatan istimewa antara anda dan bayi anda.
Persediaan untuk penyusuan badan
Asalkan sahaja anda sihat, tidak banyak yang perlu dilakukan sebagai persediaan bagi penyusuan badan. Tetapi anda boleh bersedia dari segi minda. Belajarlah sebanyak mungkin mengenai penyusuan badan sebelum bayi anda lahir. Galakkan juga suami anda untuk belajar mengenai penyusuan badan supaya dia boleh memberi sokongan dan galakan kepada anda.
Bagaimanakah cara untuk mula menyusukan bayi saya?
Memandangkan sesi penyusuan boleh mengambil masa dari tujuh hingga ke 40 minit, pilihlah tempat yang selesa untuk anda. Keadaan persekitaran adalah sangat penting, terutamanya pada peringkat awal ketika anda masih perlu membiasakan diri. Jika anda mudah diganggu oleh bunyi bising, cari tempat yang senyap. Jika anda mudah bosan, anda mungkin mahu menyusukan bayi di hadapan televisyen, tetapi hanya jika cara itu berkesan bagi anda dan bayi. Cubalah beberapa tempat yang mungkin dahulu sehingga anda menjumpai tempat yang sesuai untuk anda.

Pegang bayi anda dalam posisi yang tidak membuatkan lengan dan belakang anda sakit. Letakkan seberapa banyak kusyen di sekeliling anda untuk sokongan. Ramai wanita mendapati posisi melengkok seperti buaian adalah paling selesa untuk mereka walaupun kegemaran ibu mungkin berlainan. Pastikan anda dan bayi berada dalam keadaan selesa sebelum mula menyusukan.

Perhatikan bagaimanakah rasa pada buah dada anda semasa bayi anda melekap padanya. Bayi sepatutnya menghisap satu mulut penuh payu dara anda. Jika pelekapan menyakitkan, lepaskan lekapan dengan memasukkan jari kelengkeng anda di antara gus


Diet untuk ibu menyusu

Apa yang anda dan bayi anda perlukan semasa menyusui?

Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra-kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar.

Apabila anda mula mencerai susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra-kehamilan secara perlahan.

Apa yang perlu saya makan semasa menyusui?

Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan.

Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi

Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh.

Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa.

Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran.

Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.

Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu anda,

Pastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi.

Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda.

Berjaga-jaga dengan apa yang anda makan dan minum,

Sila beringat bahawa bahan seperti kafein, alkohol dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan.

Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (doktor anda boleh menasihatkan anda mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu bagi rawatan).

Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur.

Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan), atau dalam najisnya (warna hijau atau bermukus). Hubungi pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut.

Sesetengah wanita tahu bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda, makanlah. Sebagai satu peringatan kepada anda – beberapa punca kolik yang biasa ialah brokoli, kubis, bawang dan kubis Brussels.

Dapatkan zat besi yang banyak
Jika anda mengambil vitamin tambahan semasa anda hamil, anda tidak perlu mengambilnya lagi selepas kelahiran bayi anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan zat besi tambahan.

Ramai wanita telah menggurangkan simpanan zat besi mereka semasa tahun-tahun subur mereka. Tanyalah pakar obstetrik, doktor keluarga atau GP anda untuk mendapat nasihat.

Jika anda terus mengambil vitamin tambahan, ingatlah bahawa itu tidak boleh menggantikan habit pemakanan yang tidak baik. Berusahalah untuk mengambil diet yang seimbang dan pelbagai.

Bagaimana dengan diet semasa menyusui?

Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin - yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda.

Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu.

Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat setengah kilogram sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu.

Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda.

Namun is kini tiada masalah lagi untuk mendapatkan kembali Berat badan asal
walaupun ketika sedang menyusu dengan memilih set menyusu SHAKLEE,

Inginkan Khidmat konsultasi penyusuan?
type 'ibu menyusu' dan hantar ke 016-7874269


Sunday, 18 January 2015

Pentingnya Penjagaan Diri Semasa Pantang Bersalin



Aspek penjagaan diri bagi ibu-ibu bersalin semakin dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita hari ini, terutama amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung atau berbarut. Tidak dinafikan amalan tersebut agak leceh, tetapi kesan dan hasilnya berpanjangan. Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang diabaikan, kesannya mungkin tidak serta-merta. Namum, apabila melalui kelahiran yang banyak, usia pula meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Apabila keadaan sedemikian berlaku, kebanyakan ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin.

Secara umumnya, wanita yang melahirkan anak berdepan dengan risiko peranakan rendah atau rahim turun. Ini kerana otot pelvis atau tulang kajang akan merenggang akibat peneranan yang kuat semasa proses melahirkan. Jika tidak dirawat dari awal, keadaan tersebut boleh menjadi penyebab kepada masalah kerap membuang air kecil atau terkencing apabila batuk, ketawa atau bersin. Jika kelahiran berulang, otot faraj akan semakin longgar sehingga mengakibatkan terjadinya prolaps atau keluar tombong.

Secara fizikal, keadaan urat saraf dan luka kelahiran sama ada secara normal atau pembedahan tidak banyak berbeza. Cuma luka kelahiran secara pembedahan adalah lebih ketara dengan kesan bukaan pada abdomen, tempat di mana bayi dikeluarkan, manakala ibu yang bersalin normal hanya mengalami luka di mulut rahim atau mulut faraj.

Ramai wanita hari ini mengganggap bersalin secara pembedahan tidak meninggalkan kesan longgar pada saluran faraj atau kesan lain pada peranakan, lalu sewenang-wenangnya memendekkan jangka masa berpantang. Dengan itu, jimak dimulakan dengan lebih cepat. Seyogialah diingatkan bahawa sebenarnya, bersalin secara pembedahan memerlukan lebih perhatian perubatan tradisional berbanding bersain secara normal.

Walaupun keadaan darah nifas mengering dan ibu sudah boleh bersuci dengan mandi wajib bagi menjalankan ibadah seperti solat, tetapi tidak semestinya boleh menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dengan melakukan jimak. Ini kerana seluruh peranakan masih bengkak dan luka jahitan masih mentah. Bagi memulihkannya dengan sempurna, satu jangka masa yang panjang diperlukan, iaitu sekurang-kurangnya 60 hari. Sebaik-baiknya, setiap ibu bersalin menunggu sehingga melepasi hari yang ke 100 agar seluruh anggota peranakan pulih seperti sediakala, dan sekaligus dapat menjauhi masalah penuaan sebelum masanya. Bagi yang bersalin normal, ilmu perbidanan Melayu menekankan bahawa tempoh berpantang selama 60 hari adalah amat penting untuk memilihara mulut rahim serta seluruh peranakan yang masih lemah dan mentah.

Terdapat juga wanita yang mulai berjimak selepas dua minggu bersalin apabila darah nifas sudah kering kerana menurut kefahaman dan nasihat perbidanan moden. Walaupun persetubuhan dilakukan secara lembut, aktiviti tersebut akan mengganggu urat saraf peranakan yang menegang apabila mencapai inzal. Ketegangan urat saraf akan menyebabkan bentan urat, manakala gerakan kucupan mulut rahim akan membuka kesan luka bersalin yang masih dalam proses penyembuhan. Keluaran darah nifas yang lebat atau tumpah darah sering berlaku, sama ada dalam kalangan ibu bersalin normal atau secara pembedahan. Luka-luka jahitan di bahagian lapisan perut serta rahim akan mulai membengkak dan adakalanya jahitan terbertas dan mengakibatkan pendarahan.

Terdapat ramai wanita yang menamatkan pantang selepas 30 hari atau 40 hari bersalin. Walaupun didapati tidak berbahaya, tindakan tersebut memberi kesan yang buruk terhadap kewanitaannya. Keseluruhan peranakan, iaitu rahim, tiub Fallopio serta ovari yang masih belum pulih akan kembali membengkak, urat saraf akan menegang dan mulut rahim akan tersembul merkah dan mentah. Mungkin posisi rahim akan terganggu kerana organ tersebut baru sahaja mengecut dan walaupun sudah kembali ke tempat asal, kedudukannya masih belum mant

Thursday, 15 January 2015

Kelebihan Bengkung Dan Bertungku Selepas Bersalin

Faedah Bengkung Kepada Ibu

“Kehamilan dan pelahiran mengganggu badan wanita dan, kesemua otot-otot, tulang, urat, sendi, dan lain-lain, sudah bertukar keadaan dan menjadi kembang dan bengkak disebabkan pengaruh hormon hamil,” kata Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu. “Bengkung boleh mengempiskan perut, mengecutkan rahim bengkak dan merapatkan faraj yang telah regang dan longgar.”

Berbengkung juga dipercayai boleh membantu:

Mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan supaya potongan badan kembali kepada bentuk asal;
Melindungi organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal;
Membantu menyokong dan menguatkan otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung;
Menggalakkan postur yang baik, justeru, membantu penyusuan bayi;
Memecahkan lemak dan selulit;
Mencegah dari makan berlebihan.

Anda perlu memakai bengkung berkualiti tinggi yang boleh dipakai dengan ketat sepanjang hari dan tidak terurai sampai mandi petang atau hari kemudiannya. Bengkung hendaklah dipakai sepanjang masa, siang dan malam (namun sekarang sesetengah wanita cuma memakainya untuk beberapa jam sahaja dalam sehari).

Pastikanlah ia dipakai secara betul, iaitu bermula dari bawah, tutupkan semua abdomen, dan ikat sampai ke bahagian di bawah payudara.

Bengkung yang terlalu pendek atau tidak dipasang dengan betul akan menjejaskan pemulihan rahim sebab rahim akan tertolak ke bawah.

Bengkung biasanya tidak dipakai begitu sahaja.
Lapiklah bengkung dengan kain buruk supaya tidak kotor, kemudian alaskan dengan daun-daunan seperti daun pandan atau lengkuas.
Sapukan minyak dengan ramuan rempah dan herba; sapu juga di bahagian belakang.
Jika sukar untuk mendapatkan daun-daunan herba, gunakanlah ubat krim bengkung yang boleh dibeli di kedai.

Sepatutnya, berbengkung sahaja tidak mencukupi. Amalan-amalan lain seperti urut, bertungku, jamu dan mandian herba melengkapkan amalan berpantang. Jika diikuti dengan taat dan sempurna, amalan berpantang boleh membantu ibu baru mengurangkan berat badan serta mengimbangi paras hormon mereka.

Faedah Bertungku Kepada Ibu

Selain bengkung dan rawatan lain yang dilakukan untuk melegakan dan menegangkan kembali otot-otot yang longgar, bertungku juga penting dalam proses mengembalikan kesegaran dan mengecutkan rahim. Bertungku bererti menuam bahagian tertentu badan dengan menggunakan batu atau besi yang dipanaskan (mungkin juga dengan bahan yang lain).

Tujuan bertungku ialah untuk megeluarkan saki baki darah kotor, mengecutkan dan memulihkan rahim dan juga urat saraf di sekeliling peranakan dan bahagian-bahagian lain. Rahim tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal dan ini mengugat kesihatan. Jadi, tujuan bertungku ialah untuk memastikan semua kotoran dan toksin dikeluarkan daripada badan. Ketika bertungku badan akan berpeluh dan terasa hangat. Ini akan memudahkan pemulihan tenaga.

Bertungku juga dipercayai dapat:

Memecahkan lemak;
Mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin;
Mengembalikan tubuh badan kepada keadaan asal.

Bahagian Badan Yang Perlu Ditungku

Bahagian Peranakan

Bertujuan untuk mengecutkan peranakan yang membesar sewaktu mengandung. Peranakan juga perlu disangkak (dinaikkan) atas dengan menolak bahagian rahim dari bawah sehingga menghampiri bahagian pusat. Menyangkak hanya boleh dilakukan oleh orang yang mahir.

Peranakan yang tidak dinaikkan menyebabkan perut menjadi buncit dan rasa tidak selesa, seolah-olah ada benda menonjol yang hendak keluar dari faraj. Bertungku di bahagian ini memakan masa lebih kurang 25 minit. Bertungku juga memerlukan kemahiran. Ada juga orang yang menaikkan peranakan dengan berurut terlebih dahulu. Setelah itu barulah beralih ke bahagian lain, iaitu di bahagian kemaluan.

Bahagian Badan

Iaitu di bahagian dada, ulu hati, tengkuk, ketiak dan belikat. Bertungku di bahagian ini dilakukan ketika ibu dalam keadaan berbaring. Tungku diletakkan di sekitar buah dada, supaya darah mengalir dengan baik, membolehkan air susu keluar dengan lancar. Selepas itu baru beralih ke bahagian ulu hati, iaitu untuk memecahkan angin di bahagian perut dan ulu hati. Lakukan dalam masa lebih kurang 5 – 10 minit sahaja.

Setelah itu beralih ke bahagian ketiak kanan dan kiri. Kemudian barulah dilakukan di bahagian belikat kanan untuk beberapa minit, yang kemudiannya dipindahkan ke bahagian kiri.

Di bahagian tengkuk, bertungku dilakukan dengan meletakkan tungku di bawah tengkuk seperti orang berbantal. Bahagian ini perlu ditungku untuk memulihkan perjalanan darah di bahagian kepala dan leher.

Bahagian Bawah

Iaitu bahagian betis,paha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki. Bertungku di bahagian-bahagian ini memerlukan masa antara 15 – 20 minit pada setiap bahagian. Pada bahagian terakhir, iaitu di tapak kaki, kaki dirapatkan menjadi satu kemudian digerakkan ke hadapan dan ke belakang, atau dengan mengolek-golekkan tungku ke hadapan dan ke belakang sekiranya tungku itu berbentuk bujur atau bulat. Biarkan tungku berada di bahagian ini sehingga sejuk.

Adalah lebih baik sekiranya ibu dibantu ketika bertungku, terutamanya pada hari pertama, kedua dan ketiga. Walaupun demikian, membakar tungku perlu dilakukan oleh orang lain kerana ia merupakan kerja berat bagi seseorang ibu yang baru bersalin. Dengan adanya tungku-tungku moden di pasaran, mungkin sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban bagi ibu-ibu ini. 

Sumber: Kak Engku Bidan Bersalin

Pakej Bengkung Dan Tungku

Kami ada menyediakan Pakej Bengkung Dan Tungku Herba.

Pakej ini terdiri daripada:

Set Pantang Shaklee


Alhamdulillah
Pertama skali
TAHNIAH buat mommies yg berjaya bertaruh nyawa untuk melahirkn permata tercinta!!!

AnugerahNya yg amat indah..
Sakit tapi sgt gembiraaa...sy fhm perasaan tu,

Lpas dh bersalin berazam dn kuatkn smgt nk jaga baby supaya sihat,ceria dan membesar dgn sempurna, btul tak?

Azam yg kuat itu perlu dihadiri bersama dgn tenaga mommy tau,
Kalau mommy pun tak brp sihat dn tak bertenaga, ksian ke baby.... Saat ni dy perlukn perhatian mommy, pertama kali melihat dunia ni, baby blum serasi lagi....masih perlukn perhatian mommy...

Oleh itu mommies haruslah kuat,sihat dn beetenaga...saya cdgkn Set pantang shaklee..

Knape Shaklee???
Owwwwhhh..sungguh owsOm...
Mari kte lihat fungsi stp satu ;)

Fungsi Vitalea di Dalam Set Berpantang Shaklee

❤Multivitamin terbaik yang lengkap dengan vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh

❤Membantu ibu-ibu yang berpantang makan mendapat zat nutrisi sepenuhnya sepanjang tempoh berpantang

❤Mengandungi zat besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah bagi menggantikan kehilangan darah semasa bersalin

❤Membantu mengekalkan zat besi di dalam susu ibu pada paras yang selamat (untuk keperluan bayi di bawah 6 bulan)

❤Memberi stamina dan tenaga kepada ibu berpantang berjaga malam untuk menjaga bayi

Fungsi B Complex di Dalam Set Berpantang Shaklee

❤Kumpulan Vitamin B yang sangat penting dalam menjaga kesihatan saraf

❤Memberi tenaga kepada ibu berpantang berjaga malam untuk menjaga bayi

❤Membantu mengelakkan ibu dari tekanan / meroyan

❤Meningkatkan tahap metabolisma ibu

Fungsi Vitamin C di Dalam Set Berpantang Shaklee

❤Bersifat “Sustained Release” iaitu 100mg Vitamin C dilepaskan setiap jam bagi memenuhi keperluan Vitamin C secara berterusan

❤Membina antibodi tubuh ibu berpantang dan bayi melalui penyusuan susu ibu

❤Membantu penyembuhan luka bersalin dengan cepat

❤Meningkatkan penyerapan zat besi ke dalam tubuh

Fungsi Zinc Complex di Dalam Set Berpantang Shaklee

❤Sangat penting untuk membantu penyembuhan luka dalaman dan luaran

❤Terdapat banyak kandungan zinc di dalam ikan haruan, antara petua orang-orang tua yang membantu penyembuhan luka bersalin

❤Mengelakkan rambut ibu daripada gugur

#setpantang
#ummuhana0167874269

Kenapa pilih B complex dlm Berpantang?


4 Sebab kenapa pilih B Complex dlm set berpantang

♥Kumpulan Vitamin B yang sangat penting dalam menjaga kesihatan saraf

��Memberi tenaga kepada ibu berpantang berjaga malam untuk menjaga bayi

❤Membantu mengelakkan ibu dari tekanan / meroyan

��Meningkatkan tahap metabolisma ibu

Tuesday, 25 November 2014

Set Berpantang Terbaik

Set pantang ummuhana gabungan shaklee dan ibusuri..

Ummuhana pilih yg tradisional utk penjagaan luaran ketika berpantang...

Mesti cuba tau sebab ada...

*Tungku ibu
*Tuam utk bayi
*Herba mandian
*Herba bertangas
*Minyak bayi


Ni pulak khasiat bila guna set pantang shaklee untuk penjagaan luaran...

Set pantang ummuhana merangkumi vitamin no 1 pilihan rakyat Malaysia...

Sesaper yg lom try, baik try skrang..
Rase dy sgt beza...

Lihat testimoni customer yg pernah guna set pantang shaklee

Byk lagi customer yg puas hati dgn set pantang..ada mase kte share ke'happy an' mereka...

Memang mudah dan puas hati..

Ha...cepat2 try sekali...mesti happy...gerenti punye...

Memang best la...
Nk cuba?
Senang je...type 'pantang' ke 016-7874269

Tuesday, 18 November 2014

Set Berpantang Terbaik!!


Assalamualaikum mommies...
Sedang mencari set berpantang terbaik?.

Selepas review komen2 bloggers yg guna bermacam-macam set pantang..

Saya mendapati ramai yg suka dengan set moden + tradisional..

Saya nk cadangkan mommies ambil set moden ( shaklee) dan set tradisional ( ibusuri/tanamera/anugerah).



Saya juga menyediakan set pantang tersebut.... InsyaAllah saya bantu mommies ikut budget dan keperluan mommies..

Jika berminat boleh type 'set pantang' dan hantar ke 016-7874269..

Apa yg mommies dpt bila membeli belah dgn saya( ummuhana)?

*Free consultation
*Tips eksklusif berpantang ikut budget
*Tips banyakkan susu
* Doa2 pilihan untuk ibu dan ank
* Harga istimewa

Jom type 'set pantang' dan hantar ke 016-7874269

5 org terawal akn menerima hadiah misteri.

Thursday, 6 November 2014

Kebaikan Minyak Ikan

Jom ketahui 5 kebaikan minyak ikan untuk kesihatan anda. Teruskan pembacaan anda di sini.

Kebaikan pengambilan minyak ikan dalam pemakanan seharian semakin banyak diperkatakan. Minyak ikan khususnya ikan berlemak yang lazimnya diperoleh dari lautan perairan sejuk seperti salmon, tuna, makerel, hering dan beberapa lagi. Lebih khusus lagi adalah kandungan asid lemak,iaitu omega-3.

Minyak ikan laut dalam mengandung asid lemak Omega-3 yang terdiri dari EPA dan DHA, iaitu asid lemak yang sangat diperlukan tubuh kita. Ia boleh didapati pada ikan air sejuk berlemak tinggi seperti mackerel, kod, salmon, kerapu, dan sardin.

ANTARA KEBAIKAN MINYAK IKAN

1. Membantu dalam proses pembelajaran

Pengambilan DHA oleh ibu mengandung atau kanak-kanak yang sedang membesar didapati dapat membantu dalam proses pembelajaran mereka. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang diberi DHA mungkin lebih bijak. Pada masa ini terdapat susu formula yang mengandungi DHA.

Ia adalah langkah bijak memberi anak-anak kecil anda susu formula ini. WHO dan British Nutrition Foundation menyarankan pengambilan DHA sebanyak 20mg bagi setiap kilogram berat bayi anda. Untuk bayi yang tidak cukup bulan, WHO menyarankan 40mg/kg pengambilan DHA.

2. Mengurangkan kesakitan dan keradangan

Asid Lemak Omega 3 terutama EPA mempunyai kesan positif dalam mengurangkan keradangan. Melalui mekanisme tertentu ia dapat meregulasikan kitaran peradangan sehingga dapat mencegah dan mengurangkan kesakitan seperti pada penyakit radang sendi, radang prostat dan radang-radang yang lain.

3. Memperbaiki fungsi otak dan meningkatkan kecerdasan

Wanita yang sedang hamil yang mengamalkan pengambilan minyak ikan akan membantu melahirkan anak-anak yang pintar dan cerdas melalui pembentukan saraf-saraf otak yang sempurna. Untuk orang dewasa pula minyak ikan dapat meningkatkan daya ingatan dan fokus.

4. Menjaga Kesihatan Kardiovaskular

Omega 3 juga terbukti dapat membantu menjaga kesihatan kardiovaskular dengan cara menurunkan paras kolestrol dan menurunkan tekanan darah. Omega 3 juga terdapat dalam telur dan kekacang.

5. Menjaga kesihatan jantung

Sakit dada, tekanan darah tinggi, kesukaran bernafas, denyutan jantung yang cepat, pening adalah antara simptom lazim akibat masalah jantung.

Pengambilan minyak ikan didapati bermanfaat dalam merendahkan paras kolesterol berbahaya. Selain itu, ia didapati meningkatkan penghasilan vasodilators poten (melapangkan arteri) untuk memperbaiki aliran darah.

Pengambilan minyak ikan (EPA + DHA) adalah baik untuk mereka yang ingin mengurangkan risiko-risiko penyakit seperti yang dinyatakan di atas. Pengambilan berlebihan minyak ikan yang diambil dari hati ikan (seperti Cod Liver Oil) semasa mengandung tidak digalakkan kerana ia mengandungi vitamin-vitamin A dan D yang tidak larut dalam air.

Monday, 27 October 2014

Set Pantang


>>KHASIAT DAN KEBAIKAN SET BERPANTANG SHAKLEE<<

#Sesuai utk yg bersalin Normal, mahupun Czer.

Mommies, ada beberapa vitamin penting dlam set bersalin Shaklee, jum baca..

1. VITA LEA WITH IRON FORMULA

* Ibu yg sdg berpantang di galakkan ambil vita lea sbb semasa dlm pantang bnyk makanan yg kita xboleh makan so tenaga kita akan berkurang.

* Ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin,oleh itu ibu perlu ambil makanan yg seimbang dan berkhasiat bg m'gantikan semula darah yg hilang.

* Mengandungi zat besi yg sgat penting dalam pembentukan sel darah merah.

* Kekurangan zat besi blh menyebabkan ibu pucat,letih dan lesu serta tidak bermaya.

* Kalau nk bf baby,pengambilan zat besi adalah sgat penting.

* Vita lea xblh di ambil dgn minuman bersusu kerana ia akan mengurangkan efisinsi penyerapan zat besi oleh badan


2. B COMPLEX

* Membantu menstabilkan hormon badan kita

* Jika kurang B complexblh menyebabkan ibu dalam pantang mengalami gangguan emosi..

* Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang.

* Menukarkan makanan kpd tenaga


3. ZINC COMPLEX

* Ibu2 yg xmakan ikan haruan atau pati ikan haruan zinc complex adalah pengganti yg tepat kpd makanan tersebut.

* Galian yg sgat penting dlm membantu proses pemulihan.

* Membantu proses baik luka dalam badan kita terutama luka dalaman (rahim).

* Pengambilan zink bg ibu yg menyusu akan membantu anak yg disusukan membesar dgn baik.

* Mengurangkan masalah rambut gugur

* Membantu masalah KEDINGINAN selepas bersalin.

4.Alfalfa complex

* Milk booster

* Bertindak sama spt kacip fatimah

* Membantu memulihkan sembelit

* mengecutkn urat ibu bersalin

5. Energizing Soy Protein (ESP)

Ia memberi tenaga,
membantu melancarkan penghasilan susu,
penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu,
dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama.

Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.

Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran?

Soya Shaklee adalah non GMO soy.
Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol.
Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.

#Penggambilan Jamu sudah tidak perlu kerana set ini telah lengkap dgn semua keperluan Ibu selepas Bersalin.

Tips jaga luka lepas bersalin ( Normal/ Bedah)

11 tips menjaga luka bersalin pembedahan (cesarean) agar cepat sembuh.



1. Bergerak lebih awal

Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Anda tidak seharusnya berfikir bahawa benang jahitan akan terbuka sekiranya anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku. Pastikan anda mendapatkan bantuan ahli keluarga atau jururawat ketika anda ingin melakukan sebarang pergerakan yang besar terutama pada beberapa hari awal selepas pembedahan.

2. Makan makanan berzat dan seimbang

Anda kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin dengan banyak selepas bersalin dan anda perlu menggantikannya dengan kadar segera sekiranya anda ingin cepat pulih. Makan makanan yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan dan buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin. Jangan terpedaya dengan cakap orang tentang makanan sejuk dan panas, kerana ia tidak ada dalam istilah sains. Sebagai contoh, bayam dan lobak merah mengandungi antioxidant berupaya membuang toksin dalam tubuh. Brokoli dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya meningkatkan tahap hemoglobin anda.


3. Minum air secukupnya
Air adalah agen pembuang toksin dalam badan dan jangan percaya kepada mitos yang mengatakan minum terlebih air boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang. Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

4. Elak daripada mengambil ubat tradisional
Tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak. Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang anda. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dahulu sekiranya ingin mengambil sebarang ubat tradisional yang disarankan oleh kawan atau keluarga anda.

5. Mengambil suplemen zat besi dan multivitamin
Semasa pembedahan, anda kehilangan darah yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan ini menyebabkan luka lambat sembuh. Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meninggikan tahap hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempuh pemulihan anda. disinilah ESP dan Zink Complex Shaklee memainkan peranannya..dengan khasiatnya insaAllah luka czer kita akan cepat sembuh..

6. Makan pil penahan sakit
Sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Dapatkan ubat penahan sakit yang secukupnya untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.

7. Menyusu badan secara eksklusif
Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai yang boleh anda pelajari dari jururawat dan bidan hospital. Anda juga boleh mendapatkan tip menyusu dari kawan yang pernah melahirkan secara pembedahan.

Jenis-jenis cesarean.
8. Pastikan luka kering dan bersih
Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.

9. Pakai bengkung
Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda. Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain.

Cegah ANEMIA ketika hamil

Anemia semasa mengandung (hamil)

Anemia salah satu masalah yang dihadapi oleh ibu hamil. Masalah ini turut nor alami untuk kandungan pertama dan ke dua. Menurut ibu penulis, dia turut mengalaminya untuk kesemua anak-anaknya semasa mengandung.

Anemia atau kurang darah adalah keadaan di mana paras sel darah merah [hemoglobin] ibu kurang daripada 11gm%.

Punca anemia :

1. Kurang mengambil makanan yang kaya dengan zat besi, asid folik dan vitamin B12,
2. Jangkitan cacing
3. Penyakit malaria
4. Masalah perubatan seperti thalasemia dan leukimia
5. Pendarahan berlebihan akibat buasir dan haid
6. Kerap mengandung [kurang dari 2 tahun], kehamilan kembar, kerap keguguran

Tanda-tanda anemia :

1. Pucat
2. Selalu letih lesu dan tidak bermaya
3. Kerap pening
4. Mudah pitam
5. Mudah mengah
6. Degupan jantung cepat

Kesan anemia kepada ibu :

1. Mudah mendapat jangkitan
2. Mudah mendapat penyakit lemah jantung
3. Meningkat risiko kematian ibu semasa bersalin

Kesan anemia kepada kandungan :

1. Keguguran
2. Pembesaran fizikal dan mental janin terbantut
3. Bayi mati dalam perut
4. Bayi lahir tidak cukup bulan
5. Bayi lahir kurang berat badan.

Untuk menangani anemia ialah dengan pengambilan banyak zat besi.

Cara meningkatkan pengambilan zat besi melalui makanan

1. Ambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti kerang, lala, tiram, hati ayam, hati lembu, daging dan ikan bilis sekurang-kurangnya 4 kali seminggu.

2. Ambil sama buah-buahan yang mengandungi vitamin C seperti jambu batu, limau, mangga, betik dan tembikai untuk menggalakkan penyerapan zat besi.

3. Pilih sayur yang tinggi zat besi dan asid folik seperti pegaga, daun pudina, ulam raja, pucuk gajus, bayam merah, kangkung, cekur manis, pucuk paku, pucuk keledek, daun remunggai dan peria.

4. Masak sayur-sayuran bersama perencah seperti ikan bilis, udang, sotong, kerang, hati, ayam, daging, telur, bebola ikan atau kek ikan untuk meningkatkan penyerapan zat besi.

5. Perah air limau ke atas pencecah makanan seperti sambal belacan, sambal asam, cencalok dan budu serta potongan buah-buahan segar.

6. Elak meminum teh, kopi dan susu bersama hidangan utama. Asid tanik di dalam teh dan kopi boleh menghalang penyerapan zat besi daripada makanan.

7. Sebaliknya, ambil jus buah-buahan yang tinggi vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi.

8. Ambil makanan yang kaya asid folik seperti kacang pis, kacang tanah, kacang parang, jagung dan emping jagung.

Pengambilan Hematinik

1. Ambil semua pil yang dibekalkan oleh doktor atau jururawat bersama air kosong atau air buah.

2. Pil yang dibekalkan pil zat besi, pil asid folik, pil vitamin C dan pil vitamin B kompleks.

3. Elakkan mengambil pil-pil ini bersama teh atau kopi.

4. Pengambilan pil zat besi mungkin memberi kesan sampingan seperti mual-mual, sembelit, sakit perut dan najis hitam. Kesan-kesan ini adalah sementara dan tidak merbahaya.

5. Pil-pil tersebut adalah selamat dan tidak akan menyukarkan kelahiran.

Sumber : Risalah Unit Pemakanan Pejabat Kesihatan Kluang

Thursday, 9 October 2014

Vitamin B6

Manfaat Vitamin B6
Vitamin B6 memainkan peran utama dalam koordinasi proses metabolisme tubuh. Secara keseluruhan, memastikan fungsi normal dari sistem saraf, regulasi hormon, memperbaiki jaringan, pertumbuhan sel, dan pembentukan sel darah merah, asam nukleat, dan asam amino. Berikut ini beberapa manfaat dan penggunaan vitamin B6.

Nutrisi kompleks
Salah satu penggunaan piridoksin utama adalah nutrisi kompleks seperti protein, karbohidrat, dan lemak menjadi bentuk yang lebih sederhana, yang dapat dengan mudah diasimilasi oleh sel-sel tubuh dan jaringan.

Meningkatkan gizi
Peningkatan asupan vitamin B6 membantu dalam asimilasi yang lebih baik dari suplemen dan obat lain. Ini adalah alasan, pyridoxine digunakan bersama dengan vitamin B lainnya untuk formulasi vitamin B-kompleks.

Menguatkan sistem kekebalan tubuh
Vitamin B6 membantu dalam sintesis limfosit (sejenis leukosit) dan antibodi, yang berugas untuk mekanisme ketahanan tubuh. Dalam istilah sederhana, vitamin yang larut dalam air meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Oleh karena itu, mereka yang menderita defisiensi vitamin B6 mewujudkan sistem kekebalan tubuh yang lemah.

Mengurangi Edema
Salah satu manfaat kesehatan vitamin B6 mengurangi retensi air atau edema, yang mengakibatkan pembengkakan bagian tubuh. Umumnya, vitamin B kompleks yang mengandung kandungan tertentu dari vitamin B pyridoxine dan lainnya direkomendasikan untuk pengobatan edema.

Pengobatan untuk rambut rontok
Manfaat vitamin B6 untuk rambut termasuk mencegah rambut rontok dan untuk pertumbuhan rambut. Selain ini, hal ini membantu dalam mengobati dermatitis seboroik atau ketombe. Banyak orang mendapat hasil cepat setelah menggunakan vitamin B6 untuk pengobatan gangguan kulit seperti eksim dan jerawat psoriasis.

Sindrom pramenstruasi
Menurut penelitian medis, vitamin B6, dan terjadinya sindrom pramenstruasi saling terkait satu sama lain. Hal ini ditemukan bahwa peningkatan vitamin B6 dalam makanan efektif untuk mengendalikan fluktuasi hormonal, sehingga memerangi gejala sindrom pramenstruasi.

Mual di pagi hari
Berbagai penelitian telah dilakukan sehubungan dengan vitamin B6 dan kehamilan. Dalam studi kasus, ditemukan bahwa vitamin B6 dapat digunakan untuk pengobatan mual, muntah, dan gejala lainnya, yang banyak dialami wanita mengalami selama bulan-bulan awal kehamilan.

Mencegah batu ginjal
Pyridoxine, dalam kombinasi dengan magnesium, bermanfaat untuk mengurangi kemungkinan pembentukan batu ginjal. Kombinasi tersebut menurunkan kadar oksalat dalam urin, yang berakibat membentuk batu ginjal.

Mengatur tekanan darah
Manfaat lain dari vitamin B6 adalah menurunkan tekanan darah dan kadar kolesterol dalam cara yang sehat. Hal ini menunjukkan bahwa vitamin B6 secara tidak langsung membantu dalam mencegah masalah sirkulasi darah.

Manfaat lain
Selain itu, vitamin B6 menunjukkan hasil positif mengenai masalah yang terkait dengan kekurangan magnesium, autisme, skizofrenia, depresi. Cukup asupan makanan yang mengandung pyridoxine mengurangi kemungkinan terkena penyakit parkinson dan mencegah penyakit jantung.

Akibat Kekurangan Vitamin B6
Seperti telah dibahas, pyridoxine sangat penting untuk proses metabolisme tubuh. Dengan demikian, tingkat rendah vitamin B6 untuk jangka panjang dapat menyebabkan masalah kesehatan yang beragam. Biasanya, kekurangan vitamin B-kompleks terjadi pada orang yang memiliki pola makan buruk dan mereka yang sedang dalam pengobatan yang spesifik. Penyalahgunaan alkohol berada pada risiko lebih tinggi mengalami gejala kekurangan vitamin B6 daripada yang lain. Hal ini karena obat-obat tertentu dan alkohol mengganggu asimilasi normal vitamin B6 dari makanan dan minuman.

Beberapa gejala kekurangan vitamin B6 adalah terserang masalah kulit, lidah sakit (glossitis), sariawan, anemia, temperamen, bingung, depresi, dan kejang. Untuk memerangi gejala insufisiensi, seseorang harus meningkatkan asupan vitamin B6 atau mengkonsumsi suplemen.

Tips nak hamil

Kepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, saya sarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut: Elakkan: Minum coca cola, pep...