@inurislam

@inurislam

Showing posts with label kolagen. Show all posts
Showing posts with label kolagen. Show all posts

Thursday, 16 October 2014

Sakit Sendi @ Artritis: ELAK SENDI HAUS DAN LUSUH

PERNAHKAH anda mendengar bunyi ‘krak’ di bahagian belakang badan? Atau ada ketikanya badan terasa berat selepas sarapan pagi? Ini perkara biasa. Apabila usia meningkat, badan kita menjadi kurang fleksibel.

Secara purata, kebanyakan orang mula mengalami proses penuaan dalam lingkungan 50-an apabila ‘prestasi’ badan mereka menurun. Proses penuaan tidak dapat dihentikan, tetapi ia boleh dilengahkan dengan amalan gaya hidup sihat.

Satu pendekatan melengahkan proses penuaan ialah mengekalkan keanjalan sendi, otot dan memastikan tulang sentiasa sihat, seiring dengan aktiviti kehidupan. Adalah penting untuk memastikan proses penggantian tisu, terutama di sekeliling tulang dan otot, berlaku dalam keadaan optimum.

Selain kekal sihat dan cergas, menjaga pemakanan adalah dua perkara penting di samping pengambilan pil makanan tambahan yang diperlukan sesuai dengan peningkatan usia. Ramai beranggapan orang tua tidak memerlukan pil makanan tambahan, tetapi ia kurang tepat kerana semakin kita berusia, selera makan menurun dan kita mungkin berdepan kekurangan zat.

Atlit berumur atau mereka yang berusia melebihi 40-an dan masih kekal aktif secara fizikal harus mengekalkan kesihatan sendi dan rawan. Ini kerana pada peringkat usia sebegini, proses ‘kehausan dan kelusuhan’ otot dan sendi badan kian ketara.

Bagi yang berusia dan menjalani gaya hidup aktif, amalan diet sihat dan seimbang saja mungkin tidak mencukupi. Aktiviti sukan dan senaman bersifat sederhana (ringan) dan boleh memberi tekanan kepada badan adalah baik untuk mengekalkan sendi yang sihat.

Senaman Amalan Yang Baik

Langkah pertama dalam senaman fizikal ialah memperbaiki kedudukan badan dengan menggabungkan teknik mengangkat bebanan ringan bagi memastikan sendi turut bersenam. Jangan angkat bebanan berat atau melakukan senaman teruk kerana ia menyebabkan kecederaan dan kehilangan otot.

Dalam erti kata lain, bebanan berlebihan menyebabkan sendi anda ‘haus dan lusuh’. Otot boleh dibina semula, tetapi sendi rosak. Senaman keterlaluan menyebabkan membran sinovial yang mengandungi bendalir pelinciran di dalam rawan menjadi haus dan alas meniskus terkoyak.

Kebanyakan orang yang mempunyai sakit sendi menderita osteoartritis. 'Osteo' bermaksud tulang dan 'artritis' bermaksud sendi rosak dan radang. Osteoartritis adalah penyakit kemerosotan disebabkan proses 'kehausan dan kelusuhan' sendi. Ia berlaku akibat tekanan pada sendi setiap hari. Apabila ia terjadi, sendi menjadi radang. Permukaan sendi rosak dan tulang di sekelilingnya menjadi lebih tebal.

Hampir setiap orang yang berumur lebih 60 tahun mengalami keadaan seperti ini. Osteoartritis berlaku apabila alas untuk rawan semakin menipis dan permukaan dalaman sendi bergesel. Geselan ini menjadikan sendi ‘haus dan lusuh’.

Mereka yang mengalaminya akan kesakitan. Untuk osteoartritis, tiada rawatan 100 peratus efektif untuk menyembuhkannya, tetapi ada cara untuk mengurangkan kesakitan ini.

Senaman ringan, pemakanan sempurna dan sikap positif boleh mengurangkan kesakitan akibat osteoartritis. Senaman terbaik untuk mengangkat bebanan ringan, mengayuh basikal tidak bergerak dan senaman meregangkan badan seperti yoga.

Pil Makanan Tambahan Untuk Pesakit Arthritis

Minyak ikan kod boleh membantu sendi lutut, bahu, lengan, buku lali, bahagian belakang dan setiap sendi di dalam badan menjadi sihat. Kajian menunjukkan minyak ikan kod membantu mengurangkan penderitaan pesakit osteoartritis.

Penyelidik di Cardiff, Wales, Dr Bruce Caterson, yang membuat kajian ke atas minyak ikan kod berkata, asid lemak Omega-3 pada minyak ikan kod boleh mengurangkan kemerosotan dan keradangan rawan dalam penyakit artritis.

Fakta

1. Umur lebih 60 tahun mengalami sendi lusuh.

2. Senaman ringan baik untuk mengekalkan sendi sihat.

3. Ambil pil makanan tambahan.

Thursday, 11 September 2014

Kolagen

Apakah kolagen?

Kolagen merupakan protein yang paling banyak terdapat di dalam badan manusia. 
Malah, ia menyumbang kepada kira-kira 75% berat dalam tahap kulit yang sihat.
Tahap kolagen yang sihat menyerlahkan rupa yang sihat dan menampilkan susuk tubuh yang muda.

Sebab dan Kesan Kehilangan Kolagen

Semakin usia meningkat, kolagen di dalam badan semakin berkurangan.
Pengurangan kolagen menyebabkan pembentukan kedutan dan munculnya tanda-tanda penuaan lain, seperti:

• Kulit berkedut, kering dan melayut
• Kuku rapuh dan tidak kukuh
• Rambut halus dan gugur

Kemerosotan semulajadi ini boleh dipulihkan melalui makanan tambahan.

Pengambilan tetap makanan tambahan kolagen dapat menggantikan kolagen yang hilang dan memelihara kulit.
Faedah-faedah makanan tambahan kolagen termasuk

dapat menyegarkan semula kulit sihat, 
mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan,
menguatkan kuku dan menyuburkan rambut.

Halangi tanda awal penuaan dengan memperlahankannya melalui pengambilan suplemen kolagen. Jika anda ingin mempunyai kehidupan yang hebat, rasa lebih muda, jagalah kesihatan dan berikan tubuh anda bekalan kolagen yang mencukupi.

Tahukah Anda

Kolagen membentuk 90% protein matriks tulang-tulang dan dua pertiga dewasa tulang rawan artikular.

Oleh itu, kehilangan kolagen juga boleh menjejaskan kesihatan tulang-tulang anda dan sesendi,
antara tanda anda kekurangan kolagen ialah:

• Tulang-tulang lemah
• Sendi kaku

Shaklee Collagen PowderUntuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen,

kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.

Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.


BAHAN UTAMA KOLAGEN SHAKLEE




Tujuh fungsi bahan utamanya ialah

1. Ekstrak biji benih Camellia japonica,
    • mengandungi asid Oleik, iaitu sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul,dan bahan antioksida semulajadi
    • Isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas2Ekstrak Pfaffia, 
    2. Elastin dari Kolagen ikan
    • Elastin dapat mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit. 
    • Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang lebih tegang, gebu dan anjal.

    3. Ekstrak kerangkerangan,
    • Glukosamina daripada ekstrak kerang-kerangan adalah penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sesendi dan melembapkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.
    4. Lactobacillus acidophilus.

    • Lactobasilus acidophilus ialah sejenis bakteria baik. 
    • Ia membantu untuk mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaan semula sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen 

    5. Vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen

    • Vitamin C menggalakkan pengeluaran kolagen dan melawan radikal bebas yang merosakkan kulit kita.
    • Vitamin-vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak, dan protein untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel.

    6. RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

    • Sisik ikan merah ialah satu sumber premium kolagen dengan penyerapan lebih tinggi dan pencemaran yang lebih kecil berbanding dengan kolagen binatang
    7. Ekstrak Pfaffia

    • Pfaffia juga digelar sebagai ginseng Brazil yang bila digabungkan dengan ekstrak biji benih Camellia japonica dapat menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik. 
    • Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialuronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan membuatkan kulit lembut, lembap dan rata.
    Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.


    NURUL HASANAH[1073254]COD Parit Raja-Simpang Renggam016-7874269






    Friday, 18 July 2014

    Kolagen

    Tentang kolagen

    Kenapa kolagen penting?
    Kalau saya dulu memang xkesah semua ni..
    Malas nk berkolagen bagai...
    Saya ingat kolagen untuk kulit je..
    Rupe2 nya kolagen bukan untuk kulit semata...
    Untuk macam2...hihi

    Tips nak hamil

    Kepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, saya sarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut: Elakkan: Minum coca cola, pep...