@inurislam

@inurislam

Showing posts with label perkembangan anak. Show all posts
Showing posts with label perkembangan anak. Show all posts

Thursday, 6 November 2014

Kebaikan Minyak Ikan

Jom ketahui 5 kebaikan minyak ikan untuk kesihatan anda. Teruskan pembacaan anda di sini.

Kebaikan pengambilan minyak ikan dalam pemakanan seharian semakin banyak diperkatakan. Minyak ikan khususnya ikan berlemak yang lazimnya diperoleh dari lautan perairan sejuk seperti salmon, tuna, makerel, hering dan beberapa lagi. Lebih khusus lagi adalah kandungan asid lemak,iaitu omega-3.

Minyak ikan laut dalam mengandung asid lemak Omega-3 yang terdiri dari EPA dan DHA, iaitu asid lemak yang sangat diperlukan tubuh kita. Ia boleh didapati pada ikan air sejuk berlemak tinggi seperti mackerel, kod, salmon, kerapu, dan sardin.

ANTARA KEBAIKAN MINYAK IKAN

1. Membantu dalam proses pembelajaran

Pengambilan DHA oleh ibu mengandung atau kanak-kanak yang sedang membesar didapati dapat membantu dalam proses pembelajaran mereka. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang diberi DHA mungkin lebih bijak. Pada masa ini terdapat susu formula yang mengandungi DHA.

Ia adalah langkah bijak memberi anak-anak kecil anda susu formula ini. WHO dan British Nutrition Foundation menyarankan pengambilan DHA sebanyak 20mg bagi setiap kilogram berat bayi anda. Untuk bayi yang tidak cukup bulan, WHO menyarankan 40mg/kg pengambilan DHA.

2. Mengurangkan kesakitan dan keradangan

Asid Lemak Omega 3 terutama EPA mempunyai kesan positif dalam mengurangkan keradangan. Melalui mekanisme tertentu ia dapat meregulasikan kitaran peradangan sehingga dapat mencegah dan mengurangkan kesakitan seperti pada penyakit radang sendi, radang prostat dan radang-radang yang lain.

3. Memperbaiki fungsi otak dan meningkatkan kecerdasan

Wanita yang sedang hamil yang mengamalkan pengambilan minyak ikan akan membantu melahirkan anak-anak yang pintar dan cerdas melalui pembentukan saraf-saraf otak yang sempurna. Untuk orang dewasa pula minyak ikan dapat meningkatkan daya ingatan dan fokus.

4. Menjaga Kesihatan Kardiovaskular

Omega 3 juga terbukti dapat membantu menjaga kesihatan kardiovaskular dengan cara menurunkan paras kolestrol dan menurunkan tekanan darah. Omega 3 juga terdapat dalam telur dan kekacang.

5. Menjaga kesihatan jantung

Sakit dada, tekanan darah tinggi, kesukaran bernafas, denyutan jantung yang cepat, pening adalah antara simptom lazim akibat masalah jantung.

Pengambilan minyak ikan didapati bermanfaat dalam merendahkan paras kolesterol berbahaya. Selain itu, ia didapati meningkatkan penghasilan vasodilators poten (melapangkan arteri) untuk memperbaiki aliran darah.

Pengambilan minyak ikan (EPA + DHA) adalah baik untuk mereka yang ingin mengurangkan risiko-risiko penyakit seperti yang dinyatakan di atas. Pengambilan berlebihan minyak ikan yang diambil dari hati ikan (seperti Cod Liver Oil) semasa mengandung tidak digalakkan kerana ia mengandungi vitamin-vitamin A dan D yang tidak larut dalam air.

Saturday, 25 October 2014

Perkembangan Anak 1-2 Tahun

Saya jenjalan nk tambah ilmu berkaitan perkembangan anak.

Dan saya jumpa blog duniasihat, kat bawah ni saya amek sket info penting untuk ibu bapa tahu bagaimana peekembangan ank kita.

Pada usia 6 bulan, otak bayi telah mencapai separuh berat otak dewasa (Early Childhood Development, WHO).

Pada umur 1 tahun bayi bertambah beratnya hingga 3 kali berat lahir,

panjangnya bertambah hingga separuh panjang ketika lahir dan otaknya telah bertambah berat dgn pesat hingga mencapai hampir otak dewasanya nanti.

Pertumbuhan ini memerlukan nutrisi makanan yang cukup serta lingkungan yang sehat.

Bayi terlahir dengan kemampuan membentuk ingatan bawah sadar (implisit), sedangkan kemampuan membentuk ingatan yang disadari (ekspilisit) akan terbentuk ketika anak berumur 2 tahun yang terikat pada perkembangan bahasa.

Anak mampu

• Meniru tingkah laku orang dewasa disekitarnya

• Memahami kata-kata dan ide dengan lebih baik

• Melakukan eksperimen dengan benda-benda di sekitarnya

• Mengenali kepemilikan barang

• Mampu menunjukkan serta menyebutkan nama-nama benda dan gambar.

*Umur 15 – 16 bulan anak senang mempelajari bahagian-bahagian tubuh, benda, objek, dan warna.

• Umur 1 tahun bisa mengucapkan 3 kata selain “dada” dan “mama".

* Umur 13 – 14 bulan mulai mengoceh lebih banyak dan bisa mengucapkan 6+ kata.

*Umur 15 – 16 bulan boleh menggunakan 2 kata dalam kalimat dan bertanya “apa itu?”.

*Umur 17 – 19 bulan menguasai 20+ kata. Anak yang sering diajak bicara dan dibacakan cerita akan menguasai sekitar 200 kata di umur 2 tahun.

• Umur 1 tahun belajar minum dengan tangan.

*Umur 13 – 14 bulan sudah boleh lebih baik saat minum dengan cawan, lebih sedikit tumpah. Umur ini direkomendasikan oleh AAP supaya anak disapih dari BF.

* Umur 13 – 14 bulan mulai menggunakan sendok sendiri dengan lebih baik.

• umur 17-19 bulan boleh mengikuti perintah sederhana dan membantu menyelesaikan tugas sederhana

• Mencorat-coret bila diberikan krayon atau pensil

• Menikmati ketika dibacakan kisah dongeng atau diajak bernyanyi lagu sederhana

• Umur 15 – 16 bulan belajar membuka baju sendiri.

*Umur 20 – 23 bulan belajar memakai baju sendiri.

• Umur 13 – 14 bulan boleh menumpuk 2 balok.

*Umur 15 – 16 bulan boleh menumpuk 4 balok.

*Umur 20 – 23 bulan boleh menumpuk 8 kotak.

• Umur 1 tahun melakukan gerakan membungkuk dan kembali tegak.

• Umur 1 tahun berdiri sendiri dengan lebih baik dan berjalan rambatan di meja atau benda sekitarnya.

*Umur 13 – 14 bulan sudah boleh berjalan mundur.

*Umur 17 – 18 bulan boleh melangkah naik tangga.

* Umur 20 – 23 bulan sudah boleh melompat di satu tempat.

Tips nak hamil

Kepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, saya sarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut: Elakkan: Minum coca cola, pep...