@inurislam

@inurislam

Sunday, 12 October 2014

KESIHATAN SENDI

Kesihatan sendi

Sendi-sendi membentuk hubungan antara tulang-temulang yang memberi sokongan dan membantu anda bergerak.

Ia terdiri daripada tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair-cecair sinovia (bendalir yang
melicinkan sendi-sendi) yang memberikan keselesaan antara tulang-temulang dan
membantu menyerap hentakan dari impak fizikal.

Semakin umur meningkat, tulang rawan menyusut secara semulajadi.

Tekanan fizikal yang berterusan dan bebanan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan
dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan dan menyebabkan ketidakselesaan sendi dan pergerakan terbatas.

Sakit sendi dan ketidakselesaan

MANFFAAT AJHT

1. Menyokong keselesaan sendi

Ekstrak Boswellia :

Menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.

Ekstrak Boswellia adalah gum resin dari pokok Boswellia serrate.

Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya.

Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

AKBA menyokong kesihatan sendi dengan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

2. Bertindak sebagai kusyen

Ekstrak Jagung:

Membantu mengekalkan tulang rawan.

Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan.

Glukosamina adalah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi.

Glukosamina juga ditemui dalam tendon dan ligamen. Namun, semakin tubuh menua, jumlah glukosamina yang dihasilkan oleh tubuh semakin merosot.

Banyak kajian yang diterbitkan menunjukkan yang suplemen ekstrak jagung dapat menggalakkan kelenturan, pergerakan bebas dan menjadikan sendi lebih fleksibel.

Dan lagi, kajian bertahun-tahun juga mengesyorkan yang suplemen ekstrak jagung dapat  menyumbang kepada kesihatan sendi dalam jangkamasa panjang.

3. Memelihara tisu penyambung yang sihat

Zink, Tembaga, Mangan and Vitamin C

Nutrien penting dalam kesihatan sendi.

Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

Soalan lazim bagi Shaklee Advanced Joint Health Tablet

Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?

Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat.

Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendisendi.

Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?

Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka.

Orang muda yang mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

Apakah ekstrak jagung?

Ekstrak jagung secara semula jadinya kaya dengan glukosamina yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi.

Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligamen. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Apakah Boswellia?

Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?

Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkait rapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding daripada AKBA sahaja.

Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.

Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama?

Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua produk yang dapat menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX™ bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet.

Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?

Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.

Mengapa ia bebas daripada kondroitin?

Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik bila diambil secara oral (ditelan).

Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat kondroitin juga boleh menggangu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimmnya diserap dengan baik jika diambil secara berasingan.

Mengapa produk tersebut mengandungi vitamin C?

Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% vitamin C, kerana ia merupakan nutrien penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen.

Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.

Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink , tembaga dan mangan?

Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral surih zink, tembaga, dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

Adakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?

Ya.

No comments:

Post a Comment

Tips nak hamil

Kepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, saya sarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut: Elakkan: Minum coca cola, pep...