Sunday, 5 March 2017

Solat Khauf

PROJEK FIQH

SOLAT KHAUF KETIKA  MUSUH BERTENTANGAN DENGAN KIBLAT

CARA YANG PERTAMA

BIMBINGAN USTAZAH HOLDIYAH

Shalatul Khauf (sembahyang ketika takut atau ada bahaya)

Solat adalah salah satu ibadat yang penting diantara sekian banyak ibadat yang ada dalam ajaran islam.Ia merupakan suatu kewajiban bagi mereka yang telah baligh. Wajib dalam erti ianya harus dilaksanakan, dalam kondisi dan situasi bagaimanapun. Baik dalam perjalanan maupun dalam keadaan sakit. Seberat apapun sakit yang kita alami solat tidak boleh ditinggalkan. Bahkan dalam situasi perang pun solat berhukum wajib. Dalam erti kata, selagi nyawa masih melekat dibadan, selagi kita masih hidup, solat wajib dilaksanakan. Bererti solat hanya boleh ditinggalkan, bilamana kita telah meninggal dunia.

Demikianlah Islam mengatur agar hubungan antara makhluk dengan Khaliknya tidak terputus. Sekurang-kurangnya lima kali sehari semalam.

Namun disebalik keharusan dan kewajiban solat dalam kondisi situasi bagaimanapun itu, Allah SWT memberi keringanan (rukhsah) kepada hambanya. Solat itu wajib dilaksanakan sesuai dengan kemampuan kita, dalam kondisi dan situasi yang sedang dialami. Allah tidaklah akan membebani hambanya kecuali semampunya. Sehingga dalam ajaran Islam ada diajarkan cara solat dalam beberapa keadaan. Misalnya solat bagi orang sakit boleh duduk kalau tidak sanggup berdiri, atau berbaring atau cukup dengan isyarat kalau memang itu maksimal kemampuannya. 

Begitu juga bagi mereka yang berpergian ( musyafir ). Boleh dijamak atau diqasar. Atau boleh solat diatas kenderaan. Atau boleh bertayammum dengan debu yang bersih sekiranya tidak mendapati air untuk berwudhuk. Bahkan dalam situasi perang kita boleh solat sambil berjalan ( solat khauf ), solat dalam keadaan takut. Ini semua menggambarkan bahawa solat tidak boleh ditinggalkan.

Allah s.w.t. ada berfirman di dalam Al Quran(surah Al Baqarah ayat 238-239) yang bermaksud :-

 

“Peliharalah segala solat mu dan solat wusta, berdirilah untuk Allah dengan khusyuk.Jika kamu dalam keadaan takut (bahaya) , maka solatlah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman maka sebutlah Allah (solatlah) sebagaimana Allah telah mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.

Solat Khauf adalah solat yang di lakukan ketika dalam keadaan sangat kuathir akan kemungkinan ada bahaya terjadi sewaktu sedang solat.Misalnya dalam waktu peperangan.Cara solat ketika itu di atur berbeza daripada solat yang di lakukan di waktu aman.Allah s.w.t. telah berfirman :-

“Dan apabila kamu ada pada mereka (sahabat mu) lalu kamu mendirikan solat bersama-sama mereka,maka hendaklah berjaga sebahagian diantara mereka bersama-sama dengan engkau dan hendaklah mereka berada di belakang kamu, kemudian datang pula golongan lain yang belum sembahyang hendaklah mereka  solat besertamu dan yang lain mengambil penjagaan dan memegang senjata mereka.”

                                                                                                  (surah An-Nisa’ ayat 102)

Cara sembahyang Rasullullah berbeza-beza mengikut riwayat.Sebahagian ahli hadis meriwayatkan tiga cara dan yang lain sepuluh cara dan ada pula yang meriwayatkan enam belas cara , bahkan ada yang meriwayatkan dua puluh empat caranya.

Semua perbezaan itu mungkin telah di kerjakan oleh Rasullullah s.a.w. kerana berbeza keadaan di waktu-waktu itu , tetapi yang penting ialah sembahyang wajib di kerjakan sebaik mungkin dan penjagaan serta perlawanan terhadap musuh tidak di-lalaikan atau di sia-siakan.

 

Syarat syarat  solat khauf

Di sini ada beberapa syarat yang telah disepakati oleh imam Shafie dan Ahmad serta para pengikutnya  untuk menunaikanya  solat khauf iaitu :

 a)Hendaklah bilangan tentara Islam itu lebih banyak

 b)Tidak dikhuatiri tentera musuh mampu membuat serangan hendap ketika sembahyang berlangsung .

 c)Hendaklah bilangan tentera Islam itu dapat di pecahkan kepada beberapa bahagian (iaitu lebih daripada 6 orang).

Cara ini telah di riwayatkan oleh imam Ahmad,Imam Muslim dan Ibnu Majah daripada hadis Jabir yang mana kaifiatnya adalah seperti berikut:-

Imam perlu membahagikan batalion tentera kepada dua kumpulan, setiap kumpulan perlu lebih daripada tiga orang kerana dikira berjamaah itu sekurang-kurangnya tiga orang. Seterusnya setiap kumpulan akan membuat sof di belakang Imam; satu kumpulan boleh terdiri daripada beberapa sof, mengikut jumlah yang munasabah di mata imam.

Di sini akan di gambarkan satu cara solat khauf yang dilakukan Rasullullah s.a.w. ketika di Batnin Nakhl , seperti mana yang telah di riwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud:-

 "Dari Abu Bakrah r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. pernah mengerjakan sembahyang takut dengan orang-orang yang ada bersamanya dua rakaat dan dengan orang yang datang dua rakaat pula, maka sembahyang Nabi s.a.w. adalah empat rakaat dan bagi mereka yang datang dua rakaat pula."

Cara ini dilakukan Rasullullah ketika musuh dari arah yang bertentangan dengan kiblat.Cara ini disepakati oleh Imam Syafie , Imam Maliki dan Imam Hambali , ianya adalah seperti berikut:

Imam akan membahagikan tentera kepada dua kumpulan, kumpulan yang pertama akan bersembahyang bersamanya manakala kumpulan yang kedua akan kekal mengawasi keadaan. Adapun barisan yang mengikut imam boleh melakukan seluruh sembahyangnya sehingga selesai, kemudian mereka pula menggantikan barisan yang sedang berjaga supaya barisan yang satu lagi itu boleh mengerjakan sembahyang mereka di belakang imam.

Adalah hukumnya sunat bagi imam sembahyang yang kedua ini , tetapi adalah wajib hukumnya bagi saf yang baru datang itu.

Perkara-perkara yang membatalkan Solat Khauf

Di sana terdapat beberapa perkara yang boleh membatalkan solat khauf yang digariskan oleh ulama’-ulama’ mazhab yang mutakhir yang mana secara ringkasnya adalah seperti berikut :

  1 ) Terbatal wudu’ ketika dalam sembahyang

  2 ) Menjerit dan melaung ( sekiranya tidak diperlukan )

 3 ) Gerakan-gerakan yang banyak yang tiada kaitan dengan peperangan

4) Darah yang banyak tidak menjejaskan sembahyang ( di sisi mazhab Maliki tetapi imam Syafie ia membatalkan sembahyang kecuali kerana terpaksa atau darurat ) maka ianya dimaafkan.

Demikianlah beberapa kaifiat solat khauf yang masyhur yang telah diriwayatkan daripada Rasulullah s.w.t berkepada hadis- hadis yang sahih .

Sekian

Thursday, 16 February 2017

Atasi kentut vagina

Sebelum beranak, pengalaman di dalam bilik tidur memang hebat. Sampai tak cukup katil dibuatnya. Namun, disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Selepas bersalin anak pertama, suami Siti selalu hilang selera bila bersama.

Siti makin risau, daripada 2 kali seminggu kini hanya 3 kali sebulan suaminya mengajak untuk bersama. Itu pun ada saja aksi 'terkentut' yang membantutkan mood suaminya. Siti takut lama kelamaan suaminya 'makan luar' kerana tidak puas.

Mood hilang kerana terkentut semasa bersama

Siti perasan keadaan ini hanya terjadi selepas dia beranak. Adakah sebab dia tak berpantang betul-betul macam yang disuruh emaknya. Siti akui dia tidak dapat berpantang dengan ketat , hanya sempat berbengkung dan bertungku untuk 2 minggu pertama semasa emaknya ada bersama. Selepas itu, dia hanya berpantang makan. Mungkin agak terlambat untuk menyesal kerana anaknya kini dah pun berusia 5 bulan.

Siti tekad untuk mencari jawapan kepada dilema yang membelenggu dirinya. Kini barulah dia tahu , apa yang dialaminya itu adalah Kentut Vagina. Ia disebabkan lantai pelvik yang lemah dan ada bahagian yang makin longgar setelah dia melahirkan anak. Bukan Siti seorang malah ramai rupanya yang pernah mengalami masalah sama.

Lebih membuatkan Siti resah, dia 'terkentut' bukan setakat waktu bersama , ada kalanya waktu solat pun terasa ada bubble angin keluar melalui faraj. Tapi tiada bau.

Bila ditanya ustazah, Siti lega kerana ianya tidak membatalkan solat kerana angin tersebut adalah udara disekeliling yang masuk ke dalam faraj. Ia biasanya terjadi semasa atau selepas melakukan hubungan kelamin dan juga semasa duduk selepas sujud dalam solat.

Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan melakukan senaman kegel. Ia dikatakan dapat membantu menguatkan lantai pelvic yang lemah.

Senaman Kegel atau kemutan mudah dilakukan pada bila-bila masa. Sambil membaca ni pun kita boleh lakukan. Jom cuba 4 langkah mudah ini ye..

1- Tahan nafas

2- Kemutkan bahagian faraj seolah-olah sedang menahan kencing, tanpa kecutkan abdomen.

3- Lepaskan selepas kiraan 3-5 saat, rehat 3 saat.

4- Ulang sehingga 10-15 kali.

Senaman ini amat digalakkan untuk dilakukan 3 sesi sehari. Sambil tengok tv atau membuat kerja pejabat pun boleh tanpa disedari sesiapa.

Sekiranya saluran faraj telah menjadi terlalu longgar, pembedahan boleh dilakukan untuk mengecilkan kembali saluran faraj.Pembedahan ini dikenali sebagai 'pelvic floor repair'.

Siti beruntung kerana dia cepat bertindak untuk mengelakkan keadaan menjadi semakin serius. Selain dari senaman Kegel, Siti turut berikhtiar dengan mengambil suplemen. Siti tekad untuk mengembalikan pengalaman honeymoonnya dulu dan tidak sanggup untuk menjalani pembedahan.

Siti telah mencuba Alfalfa Complex yang sememangnya dikenali sebagai Kacip Fatimah moden dan perapat. Dia sedari, masalah Keputihan yang pernah dialaminya dulu hilang.

Bagi menghangatkan lagi mood di kamar, Siti turut mengamalkan GLA Complex yang jugamengawal selia hormon di Estrogen & Testosteron di dalam badan . Selepas sebulan, suaminya asyik memuji Siti. Sampai suaminya asyik memujuk Siti untuk bersama hampir setiap malam!

Kini Siti boleh tersenyum lega. Dia tidak lagi melalui pengalaman yang memalukan itu. Dia perasan, aturan haidnya juga lebih teratur, kulit terasa lebih lembut berbanding dahulu. Solat juga boleh dilakukan dengan sempurna tanpa was-was dan risau lagi.

Jika anda mengalami masalah yang sama seperti Siti, hubungi 0167874269 sekarang.

Jom nikmati lebih penjimatan sehingga 30% bagi ahli. 

Berminat untuk menjadi ahli? Hubungi saya sekarang..

Ummuhanabeauty 0167874269 (wassap or telegram)
hanasihat@gmail.com