Wednesday, 31 December 2014

20 SEBAB KENAPA RAMAI SUKA SANGAT DENGAN ALFALFA

KHASIAT ALFALFA

1.    Merawat gangguan pencernaan

2.    Mengawal kolestrol dalam darah

3.    Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh

4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok

5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah

 6.    Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan

7.    Mengurangkan simptom menopous

8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan

9.    Merawat masalah sembelit

10.  Menyahkan toksik dalam tubuh

11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi

12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh

13.  Membantu masalah penghadaman

14.  Membantu memperbanyakkan susu ibu

15.  Mengurangkan masalah pundi kencing   

     

16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati

17.  Meningkatkan kesihatan prostat

18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita

19.  Menghangatkan hubungan suami isteri

20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki

KEISTIMEWAAN

1.  Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)

2.  Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia

3.  Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji  

 4.  Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi

5.  Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit

6.  Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.

7.  Membersihkan hati

8.  Membantu melengkapakan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang

APAKAH VITAMIN YANG DITEMUI DALAM ALFALFA?

Vitamin A - untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkita, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E - melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung; kardiovaskular dan kesihatan otot; membaiki fungsi imun; menguatkan otot badan; mambawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah' membantu fokus mata.

Vitamin U - menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 - membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; ,membantu mengurangkan loya.

Vitamin K - penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D - mengawal penggunaan kalsium dan fosferus di dalam badan dan oleh itu diperlukan untuk pembentukan gigi dna tulang yang kuat dan sihat.

APAKAH MINERAL YANG DITEMUI DALAM ALFALFA?

Kalsium - membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku; membantu dalam kecergasan ddan daya tahan; emngawal rentak jantung; melegakan saraf.

Zat Besi - diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium - perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk mencerna lemak.

Fosforus - diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) - elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium - mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon magnesium - membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.


APAKAH KEISTIMEWAAN LAIN ALFALFA?

Kaya dengan protein - 18.9% berbanding daging lembu, 3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. Otot terdiri daripada protein dan kekurangan protein menyebabkan keletihan dan kelesuan.

Akar Alfalfa yuang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain,

Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.

Namun, tidak semua Alfalfa adalah sama, Alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungin ditanam dengan kaedah yang tidak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat daripada daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA- ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.

Dapatkan Konsultasi percuma 

type " alfalfa " ke 016-7874269

Saturday, 20 December 2014

25 Kebaikan Vitamin C anda patut tahu!!

25 Kebaikan Vitamin C untuk Badan, Kulit dan Rambut:

1. Imunisasi / Daya Tahan Badan

Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.

2. Demam Biasa

Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.

Bacaan lanjut: Cepat Baik Dari Demam: 10 Cara yang Boleh Anda Ikut

3. Anti-oksida

Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.

4. Tekanan Darah Tinggi

Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.


5. Saluran Darah

Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

6. Keracunan plumbum.

Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.

7. Untuk Kurus

Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan. Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.


8. Tekanan

Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.

9. Katarak

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa. Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.

10. Barah

Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan. Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.

11. Tenaga.

Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.

null

Friday, 19 December 2014

Daftar AHLI

Kelebihan Dan Cara mendaftar Keahlian Shakle Sama Ada Untuk Kegunaan Sendiri Atau Menjadi Pengedar

Apa kebaikan menjadi ahli/pengedar/distributor Shaklee?
Modal permulaan yang rendah. Saya bermula dengan RM65 tapi kini stabil ribuan ringgit sebulan hanya dengan rolling capital yang tak sampai RM500 pun.. Tu pun biasanya saya langsung tak simpan stok sebab boleh order online, esok Shaklee pos. Kiranya stok saya kat warehouse Shaklee la..hehe. TAK WAJIB simpan stok tau.
Dapat membeli dengan harga ahli. Penjimatan sehingga 35%.
Dapat membeli produk dengan harga yang lebih murah dari harga ahli melalui promosi bulanan Shaklee.Promosi bulanan adalah beli 6 percuma 1. Harga rendah dari harga ahli ni boleh didapati dari pembelian secara berkumpulan kami jika cuma inginkan 1 unit sahaja.
Berpeluang mengumpul point dan menjana pendapatan sampingan hanya dengan penggunaan sendiri. Pengambilan supplement adalah amalan dan investment yang berterusan, jadi anda akan berpeluang menjana pendapatan yang berterusan. Setiap bulan insyaAllah ada jualan ribuan ringgit dari pembeli sama dan pembeli baru. Ini pengalaman saya.
Berpeluang menjana pendapatan sampingan hanya dengan berniaga secara part time. Saya ada ramai pengedar yang menjual Shaklee secara online kerana kami menjadikan Facebook, Whatsapp dan blog sebagai wakil fizikal kami untuk bekerja.
Tidak perlu mengeluarkan belanja besar untuk menyimpan stok. Shaklee boleh membantu anda membuat dropshipping kepada customer anda. Yes. Ini yang saya lakukan selama ini. Tak perlu modal beribu ribu..asal ada sikit 2,3 ratus jadikan rolling capital pun dan boleh..takda langsung modal pun dah boleh..sebab modal utama adalah usaha, rajin, dan tak berputus asa..kalau ada modal beratus ribu pun tanpa ada modal 3 ni..memang tak menjadi..ini pengalaman saya.
Tidak diwajibkan maintain point setiap bulan. Point adalah bergantung kepada banyak mana bonus yang anda inginkan. Tiada paksaan.
Tidak diwajibkan menaja downline. Anda cuma perlu banyakkan sharing session untuk menarik lebih ramai pembeli untuk menambahkan bonus bulanan anda. Sekali lagi, ia bergantung kepada target bonus yang anda inginkan. Ahli saya majoriti serah diri. Tak paksa pun. Takda nak jumpa kat restoran explain business plan tu semua.
Tidak memerlukan kedai untuk berniaga. Kebanyakan distributor Shaklee membuat bisnes secara online dan perkongsian secara offline sahaja bersama family dan rakan terdekat.
Harga produk yang berpatutan dengan kualiti produk yang hebat. Shaklee telah mencapai score 8.9 per 10 untuk effectiveness rating. Supplement Shaklee adalah semulajadi (bukan sintetik), selamat dan berkesan. Rangkaian produk hebat untuk penggunaan seisi keluarga dari kanak-kanak ke warga emas. Kehebatan Shaklee membuatkan produk ini senang untuk dijual.
Itu adalah antara top 10 faedah menjadi ahli Shaklee. Selain untung runcit, anda berpeluang mendapat 3C bonus dari Shaklee. Apa itu 3C?

Cash bonus - bonus personal sehingga 21% dan bonus kepimpinan 5%, insentif coordinator sehingga 1.5% sehingga 6 level ke bawah sekiranya anda mempunyai downline.(Saya dah nikmati)
Car bonus - Boleh menggunakan bonus tambahan 3% untuk bayar kereta sedia ada atau untuk apa tujuan sekalipun. Ianya berbentuk cash. Biasa bermula dengan RM300 hingga RM3000 sebulan.
Convention bonus - Berpeluang melancong ke luar dan dalam negara termasuk peluang mengerjakan umrah secara percuma untuk diri sendiri dan keluarga setiap tahun melalui pengumpulan mata organisasi kumpulan jualan anda.
Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli @ pengedar Shaklee

Anda boleh mendaftar dengan membuat pembayaran untuk registration fee sebanyak RM65 ataupun membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM660) untuk mendapat keahlian percuma. Belian RM660 ini boleh la dijadikan stok awal atau untuk kegunaan sendiri, atau kedua duanya. Anda cuma perlu mengisi borang di link yang disertakan di bawah sekali (saya akan uruskan urusan pendaftaran) atau pergi sendiri ke branch Shaklee dan

Sunday, 14 December 2014

Tips kecantikkan, kenali jenis kulit anda

Harini saja nak share tips untuk mencarik produk kecantikan yang paling sesuai dan terbaik bukan saja untuk kulit, malah untuk poket juga

Tips 1: Kenali jenis kulit kita dan keperluannya

Perhatikan kulit kita, dan kaji bagaimana cara yang terbaik untuk menjaga kecantikkannya. Ini kerana, untuk setiap jenis kulit yang lain, lain cara penjagaannya. Terdapat 5 jenis kulit:

Normal – Jenis kulit yang paling jarang berlaku masalah. Kulit sentiasa anjal dan sihat.

Kering – Sering menimbulkan masalah seperti kulit kasar, kedut dan pori-pori berlubang. Kulit jenis ini sangat memerlukan pelembap.

Kulit berminyak – Jenis kulit paling senang menimbulkan masalah seperti jerawat, blackheads dan lubang pori yang besar. Kulit jenis ini sentiasa nampak berkilat dan berminyak dan sangat mudah untuk menunjukkan unsur-unsur penuaan seperti kedut.

Kulit jenis gabungan – Merupakan jenis kulit terbanyak di dunia. Sesetengah kawasan muka kering, dan sesetengah kawasan berminyak menyebabkan ketidaksekataan.

Kulit sensitif – Jenis kulit yang sentiasa terasa kering dan ketat. Sangat sensitif pada perubahan menyebabkan kulit menjadi merah. Memerlukan penjagaan yang rapi dan istimewa.

Untuk benar-benar kenal jenis kulit anda dan mendapatkan produk kecantikkan terbaik untuk kulit berjumpalah dengan dermatologist. Selamat dari tidak membazir wang pada produk yang tidak sesuai dari awal, selamat poket anda

Kenali jenis-jenis kulit untuk penjagaan kecantikan optimum

****************************************

Tips 2: Kenali produk kecantikan yang memenuhi keperluan jenis kulit.

Sebelum bertindak membeli apa-apa produk, adalah lebih baik mengenali kebaikan produk itu untuk jenis kulit anda agar tidak menyesal dikemudian hari. Kalau kulit kering, kena tahu pencuci muka yang jenis mana yang sesuai, kalau kulit berminyak, kena faham makanan apa yang tidak sesuai, dan sebagainya.

Bagi saya pula, penjagaan kecantikan kulit yang paling bagus dan berkesan adalah dari dalam. Sebab itu saya mengamalkan pengambilan Shaklee Collagen powder. Bancuh dan minum setiap hari! Mudah saja! (Boleh juga baca testimonial Shaklee Collagen powder di sini. Memang rasa rasa ia adalah produk kecantikan terbaik untuk kulit saya yang agak bermasalah sebelum ini).

Yang lagi best, serbuk kolagen ini juga boleh dijadikan sebagai masker yang seolah-olah memberikan kulit satu nafas baru setiap kali mengaplikasi! Untuk masker, satu sachet, boleh dapat sebanyak 3 kali. Sangat jimat berbanding masker readymade di farmasi!

****************************************

Tips 3: Buat perbandingan antara calon-calon produk

Perbandingan tidak hanya pada harga. Harga sepatutnya jadi faktor terakhir dalam memilih. Apa yang lebih penting ialaha, untuk kita kenali betul-betul produk yang dicadangkan dan pastikan ianya dari sumber yang selamat. Periksa bahan-bahan agar tidak ada mengandungi bahan berbahaya. Ini kerana, banyak produk yang menggunakan bahan kimia yang berbahaya untuk memberikan kesan cepat tetapi memudaratkan kesihatan. Maka berhati-hatilah!

Produk Shaklee memang sentiasa dijamin semulajadi, selamat dan berkesan! Dalam penghasilan satu-satu produk Shaklee, para saintisnya telah menjalahkan beribu-ribu ujian klinikal bagi memastikan bahan-bahan bukan saja semulajadi dan selamat, malah memberikan kesan!

**************************************

Tips 4: Gunakan produk secara konsisten untuk beberapa bulan untuk merasakan perbezaan.

Selepas kita jumpa produk yang sesuai, kita perlu konsisten menggunakannya untuk pastikan kesesuaian. Tak bolehla baru cuba seminggu dah terus cakap tak bagus kan? Mungkin tindak balas yang kita rasa dalam seminggu tu sebenarnya dalam proses pembaik-pulihan  Maka teruskan usaha dan bersabar sedikit.

Tuesday, 9 December 2014

Rahsia kulit cantik semulajadi

Allah itu maha cantik..
Allah ciptakan manusia suka akn kecantikkan..
Naluri semua org ingin cantik.

Namun kini ramai yg hanya nak cantik dgn make up tebal2... Luar rumah nampak cantik...balik rumah depan suami..Allah, nmpak bulan besar ada, bulan kecik ada, merah ada, hitam pon ade..

Kan best kalau kite cantik semulajadi..
Sebelum ni sy penah cerita petua ingin kulit cantik.

Hari ni sy nk share,camne nk cantik semulajadi dgn vitamin dan minuman semulajadi.


ESP

Setiap 21 hari, sel kulit lama akan mati, dan sel kulit baru akan dihasilkan. Sel kulit yang baru akan copy sel kulit yang lama.

Kulit kita kusam adalah disebabkan oleh sel-sel kulit kita yang baru men-duplicate sel kulit mati yang kusam.

Bayangkan, patutnya sel kulit yang baru nampak segar dan cantik. Tapi oleh kerana sel yang lama tu kusam, sel baru duplicate je lah apa yang ada.

ESP membantu membekalkan protein. Protein sangat penting untuk membantu menghasilkan sel kulit baru yang lebih gebu, bersih, licin dan cantik berseri.

Oh selain itu, ESP juga bantu kulit (bukan kat wajah je tau  ) menjadi lebih anjal bergetah, gebu, cerah dan licin.


VITAMIN E

Vitamin E merupakan salah satu anti-oksidan yang kuat. Anti-oksidan berfungsi untuk meneutralkan radikal bebas.

Baca juga: Kenali  radikal bebas

Radikal bebas boleh menjadi punca jerawat dan jeragat datang menjengah tanpa segan silu.

Jadi amalkan sebiji Vitamin E setiap hari untuk menghapus radikal bebas, sekaligus menghapus jerawat dan jeragat.

Kalau nak tahu, Vitamin E ni punya lah best, kalau anda ada jerawat yang baru nak naik, atau separa masak, atau dah matang sekalipun, pecahkan Vitamin E dan sapu kepada jerawat, insya-Allah jerawat akan surut pada hari yang sama! Parut pun tak kelihatan

Oh lagi satu, Vitamin E sangat bagus untuk melembapkan kulit. Tak lah nampak kering je.

VITAMIN C

Vitamin C merupakan bahan binaan untuk kolagen. Ia memberi tona sekata kepada kulit, membantu kulit elastik dan menjaga salur darah dan peredaran dalam tubuh.

Vitamin C juga membantu mengurangkan kesan sunburn jika terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama. Tapi jangan lah sengaja duduk tengah panas lepas makan vitamin C.

Ia turut dikenali sebagai vitamin yang memberi kesan ala-ala blusher pada pipi jika di buat masker.

--------------------------------------
Untuk tempahan/ keterangan lanjut

Type 'cantik' ke 016-7874269

Pilihan utk cantik semulajadi ditangan anda

Panduan Kekalkan Kulit Segar & Cantik

Panduan kekalkan kulit segar dan cantik

Kebanyakan orang memberikan penjagaan yang berat sebelah kepada kulit iaitu organ perlindungan terbesar bagi kita. Kecantikan seseorang tidak tertumpu kepada kulit wajah yang mulus saja, tetapi kesihatan kulit badan secara keseluruhan termasuklah di kaki.

Ramai sanggup berhabis membeli set penjagaan kulit muka. Tetapi tahukah anda sebenarnya kulit kita secara umumnya memerlukan lima perkara untuk kekal sihat dan cantik seperti yang digariskan oleh Pakar Dermatologi di Louisiana, Dr Patricia Farris iaitu:

* Antioksidan

Kegunaan antioksidan dalam mengekalkan kesihatan kardiovaskular (jantung) dan pencegahan kanser sudah lama diketahui. Ia ditemui dalam banyak makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, makanan laut dan minyak. Antioksidan melawan kesan radikal bebas yang memusnahkan molekul dan akhirnya merosakkan sel yang sihat. Antioksidan bukan saja bagus untuk kulit bahkan ia memberi manfaat kepada setiap sel di dalam badan.

Ada banyak jenis antioksidan yang berguna kepada kulit, tetapi dua yang mendapat perhatian meluas ialah vitamin C dan E. Vitamin C membantu membina kolagen supaya kulit jadi tegang. Ia banyak di dalam bijirin penuh, epal dan buah-buahan sitrus. Manakala vitamin E pula melindungi membran sel dan merangsang nutrien asas pada kulit untuk melawan kerosakan disebabkan sinaran ultra lembayung.

* Perlindungan daripada cahaya matahari

Apabila menggunakan krim tabir suria, kita bukan saja melindungi diri daripada penyakit seperti kanser kulit malah mencegah daripada tanda penuaan sebelum waktunya akibat pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari.

Kulit yang terdedah kepada cahaya matahari akan menjadi gelap, cepat berkedut dan kurang elastik berbanding bahagian kulit yang terlindung daripada selaran sinar ultra lembayung.

Kita boleh melindungi kulit dengan menyapukan krim pelindung suria (yang mempunyai SPF melebihi 15 dan perlu disapu 20 minit sebelum keluar rumah) atau memakai baju lengan panjang, topi atau payung.

* Asid lemak asas (EFA)

Asid lemak asas adalah komponen penting dalam diet sihat. Ia membantu membina membran sel untuk mengekalkan kandungan air dan nutrien dalam badan. Asid lemak ini juga membentuk lapisan minyak yang melindungi kulit daripada kerosakan akibat kesan sinar ultra lembayung dan pencemaran.

Tanpa asid lemak asas ini, membran sel pada kulit tidak dapat menjalankan fungsinya sebagai pelindung dengan baik. Akibatnya kulit akan mengalami kekurangan air dan mudah menghasilkan sebum yang tidak dikehendaki, akhirnya menyebabkan kulit kering, mudah alami keradangan dan noda.

Sumber asid lemak asas ialah ikan air sejuk seperti salmon dan sardin, minyak kesumba (safflower) dan falxseed, kacang buncis, walnut dan bayam. Anda boleh mengambil makanan tambahan omega-3 untuk memperbaiki kesihatan kulit.

* Air

Dianggarkan 55 hingga 75 peratus daripada badan manusia terdiri daripada air. Air menyingkirkan toksin daripada badan, membolehkan sel menyerap nutrien dan melancarkan sistem pencernaan. Mungkin ramai tidak sedar badan kita kehilangan air setiap masa melalui pernafasan dan perpeluhan. Jadi untuk memastikan sistem badan berjalan lancar, kita perlu minum banyak air setiap hari.

Kulit juga memerlukan air untuk membuang semua bahan yang boleh mencemarkan kesihatannya dan boleh menyebabkan masalah seperti jerawat. Kulit yang cukup air kelihatan segar, licin dan sihat.

* Pembersihan
Inilah adalah perkara asas dalam rutin penjagaan kulit. Ia bukan saja menghilangkan kekotoran, pencemaran dan minyak yang membuatkan pori tersumbat, tetapi turut menyediakan kulit menyerap dengan baik bahan aktif daripada produk penjagaan yang kita gunakan.

Bukan semua pencuci adalah sama, sebaiknya carilah pencuci yang bebas sabun. Sabun yang anda gunakan untuk kulit badan tidak sesuai untuk membersihkan kulit muka kerana ia terlalu `kuat'. Pilih pencuci yang sesuai dengan keadaan kulit anda. Apapun jenis pembersih yang anda gunakan, urutkan ia pada muka selama

Sunday, 7 December 2014

Sakit tekak

Namun, tidak seronoknya apabila tekak mula rasa perit dan gatal selepas kerap mengambil minuman berais. Daripada rasa perit, batuk pula menyusul lalu menyebab­kan rasa tidak selesa selama beberapa hari.

Ya, ia mudah berlaku terutama pada musim panas, tapi pernahkah kita terfikir bahawa sakit tekak yang dialami itu benar-benar sakit tekak biasa atau serangan virus mahupun radang pada tonsil?

Menurut Perunding Pembedahan ENT Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr Kuljit Singh, sakit tekak sering menjadi petanda awal kepada selesema.

“Bagaimanapun, sakit tekak daripada selesema itu tidak menggang­gu dalam tempoh lama dan hilang selepas sehari dua. Simptom selesema lain seperti hidung berair dan tersumbat juga boleh menyebabkan tekak sakit.

“Tonsilitis pula adalah jangkitan pada tonsil yang menjejaskan tisu utama terletak di kedua-dua belah bahagian belakang tekak. Ia disebabkan virus atau jangkitan bakteria dikenali streptococcus.

“Doktor akan menge­sat tekak untuk mengambil sampel tisu bagi menentukan punca sakit tekak itu. Sakit tekak virus biasanya di­iringi simptom selesema lain termasuk hidung berair, batuk, mata merah atau berair dan bersin,” katanya.

Tambah Dr Kuljit, tiada penawar atau ubat yang benar-benar berkesan untuk menghilang­kan sakit tekak berpunca daripada selesema virus kecuali mendapat rehat secukup­nya.

“Mengambil makanan sihat dan minum banyak air kosong juga dapat membantu menyembuhkannya. Ubat yang diperoleh dari klinik atau farmasi dapat melegakan selesema dan mengurangkan simptom sakit tekak. Bagaimanapun, faedah yang diberikannya agak minimum.

“Tapi untuk kelegaan segera, ia boleh diambil de­ngan syarat mengikuti dos yang dibenarkan. Antara ubatan yang biasa diberikan ialah paracetamol untuk melegakan sakit.

“Lozenge atau gula-gula berubat bagi melegakan kerongkong dan semburan hidung dekongestan untuk melegakan sakit tekak berpunca daripada titisan hingus seperti kahak atau hingus yang menuju ke bahagian belakang tekak kita.

“Antibiotik tidak akan diberikan apabila mengalami masalah selesema virus atau sakit tekak virus. Antibiotik cuma efektif menentang bakteria, justeru ia tidak memberi kesan kepada sakit tekak biasa, malah boleh memudaratkan jika diambil tanpa keperluan,” ujarnya.

Selain sakit tekak, selesema lazimnya menyebabkan masalah hidung seperti hidung berair dan tersumbat. Apabila mengalami tonsilitis, tonsil akan membengkak dan sesete­ngah kes mempunyai bintik putih atau kuning.

Tanda jangkitan tonsil ini biasanya lebih teruk daripada simptom sakit tekak dengan selesema biasa kerana boleh mengakibatkan hilang selera makan, sakit kepala, nafas berbau, demam, perubahan suara dan kelenjar limfa membengkak di leher.

Jelas Dr Kuljit, apabila wujud simptom seperti ini, segera berjumpa doktor bagi mengelakkan timbulnya masalah lain.

“Jangan ambil ubat sesuka hati atau tanpa saranan doktor. Mungkin sebelum ini anda me­ngambil antibiotik untuk selesema virus, tapi ia tidak sesuai untuk masalah sakit tekak lain.

“Selain itu, pentingkan kebersihan diri terlebih dulu. Basuh tangan de­ngan kerap apabila berada berhampiran individu yang mengalami selesema atau sakit tekak.

“Ada kes sakit tekak virus disebabkan oleh ais yang tercemar, jadi seelok­nya kurangkan pengambilan minuman berais,” katanya.

Beberapa cara perubatan turun-temurun juga boleh dilakukan seperti mengamalkan minum air suam yang dicampur lemon dan madu, tapi Dr Kuljit tidak nampak kesan signifikan dalam melakukannya.

Vitamin Shaklee yang sesuai untuk persediaan awal sakit tekak :

Thursday, 4 December 2014

7 Sunnah Hebat



Very nicely written 
By Ustaz Don Daniyal
7 Sunnah Hebat

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.