Tuesday, 25 November 2014

Set Berpantang Terbaik

Set pantang ummuhana gabungan shaklee dan ibusuri..

Ummuhana pilih yg tradisional utk penjagaan luaran ketika berpantang...

Mesti cuba tau sebab ada...

*Tungku ibu
*Tuam utk bayi
*Herba mandian
*Herba bertangas
*Minyak bayi


Ni pulak khasiat bila guna set pantang shaklee untuk penjagaan luaran...

Set pantang ummuhana merangkumi vitamin no 1 pilihan rakyat Malaysia...

Sesaper yg lom try, baik try skrang..
Rase dy sgt beza...

Lihat testimoni customer yg pernah guna set pantang shaklee

Byk lagi customer yg puas hati dgn set pantang..ada mase kte share ke'happy an' mereka...

Memang mudah dan puas hati..

Ha...cepat2 try sekali...mesti happy...gerenti punye...

Memang best la...
Nk cuba?
Senang je...type 'pantang' ke 016-7874269

Saturday, 22 November 2014

Di Manakah kita Bersama alQuran?

EMPAT TAHAP DALAM MENCINTAI AL-QUR'AN.

Di manakah kita...?

I. PAKSAAN

Paksakan diri untuk tilawah,suka atau benci,ringan atau berat..

II. KEBIASAAN

Beberapa bentuk paksaan akan berubah menjadi 'kebiasaan'.
Kita akan merasa aneh jika tidak tilawah.
Teruskan..!! 

III. KEPERLUAN

Kebiasaan yg terus di lakukan akan berubah menjadi 'keperluan'.
Di tahap ini sudah mulai tumbuh benih-benih cinta Al-Qur'an.
Mulailah membaca terjemahan dan tafsirnya.. "" 

IV. KENIKMATAN

Pada tahap ini Al-Qur'an sudah menjadi ketagihan. Membaca dan mempelajarinya adalah 'kenikmatan'.
Sedangkan berpisah akan membuat diri resah.

Yang perlu kita lakukan adalah 'istiqamah' dan terus menjadikan Al-Qur'an sebagai teman...

Tuesday, 18 November 2014

Set Berpantang Terbaik!!


Assalamualaikum mommies...
Sedang mencari set berpantang terbaik?.

Selepas review komen2 bloggers yg guna bermacam-macam set pantang..

Saya mendapati ramai yg suka dengan set moden + tradisional..

Saya nk cadangkan mommies ambil set moden ( shaklee) dan set tradisional ( ibusuri/tanamera/anugerah).



Saya juga menyediakan set pantang tersebut.... InsyaAllah saya bantu mommies ikut budget dan keperluan mommies..

Jika berminat boleh type 'set pantang' dan hantar ke 016-7874269..

Apa yg mommies dpt bila membeli belah dgn saya( ummuhana)?

*Free consultation
*Tips eksklusif berpantang ikut budget
*Tips banyakkan susu
* Doa2 pilihan untuk ibu dan ank
* Harga istimewa

Jom type 'set pantang' dan hantar ke 016-7874269

5 org terawal akn menerima hadiah misteri.

Sunday, 9 November 2014

Asma/ Asthma: Bagaimana Omega 3 Membantu Mencegah & Mengurangkan Serangan Bagi Yg Menghidapinya


Asma/ Asthma: Bagaimana Omega 3 Membantu Mencegah & Mengurangkan Serangan Bagi Yg Menghidapinya?

by Adilah Manaf

Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit.

Meskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.

Malah, pakar-pakar turut menganggarkan 80 peratus daripada kematian di kalangan penghidap asma boleh dicegah jika mereka diberi pendidikan yang sempurna bagi menangani penyakit berkenaan.

Walaupun ia tidak berjangkit, asma boleh diwarisi, di mana anak-anak kepada penghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Berdasarkan perangkaan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat lebih daripada 100 juta penghidap asma di seluruh dunia.

Daripada jumlah tersebut, kira-kira satu juta adalah penduduk Malaysia dan 340,000 merupakan kanak-kanak di bawah 15 tahun.

Pengurus Besar Total Health Concept, Jagdev Singh berkata, kajian Institut Strategik dan Pengajian Antarabangsa (ISIS) dan Persatuan Thorasik Malaysia mendapati asma adalah penyebab utama kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana sakit.

Statistik menunjukkan lebih dari 53 peratus kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana masalah paru-paru dari September hingga November 2001.

Malah, ibu bapa juga terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk kos perubatan seperti ubat, lawatan ke doktor dan penginapan di hospital.

“Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut.

“Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan,” katanya.

Menurut beliau, hasil kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan.

Ini memberi gambaran bahawa bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil.

Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya.

“Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega 3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA).

“Omega 3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya,” jelasnya.

Tambah Jagdev, antara sumber Omega 3 terbaik ialah ikan laut sejuk seperti tuna, kod, halibut, salmon, sardin dan mackerel.

Sumber

Antara ubatan yg biasa dicdgkan oleh doc utk merawat asma/ asthma adalah steroid. Tp kita tahu steroid memberi kesan sampingan dlm jangka masa panjang. For info, kandungan omega 3 mampu bertindak spt steroid tapi ianya tidak akan memberikn kesan sampingan seperti mana steroid. Bonus kpd ibu mnyusu kerana kandungan DHA dlm Omega Guard akn disalurkan kpd anak (DHA baik utk otak anak).

Kajian juga menunjukkan mereka yang menghidap penyakit berkaitan inflamasi seperti asma/ asthma mempunyai kandungan Omega-3 yang rendah.

Pengambilan Omega-3 dari minyak ikan terbaik Omega Guard membantu meredakan inflamasi.

Mengapa Omega Guard Shaklee berbanding minyak ikan lain?

1. Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

OmegaGuard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain lagi. Satu hidangan OmegaGuard (3 biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.

2. Ultratulen & Bergred Farmaseutikal

Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghilangkan p

Homeschool facilities

Bagaimana nak tentukan saiz dan kedudukan meja belajar untuk ank di rumah?

Mereka mudah bosan jika siapkan kerja seorang diri.

Mereka perlukan bantuan ibu semasa siapkan kerja, jadi ibu perlu ada ruang yang selesa untuk duduk di sisi mereka.

Apabila duduk berasingan, anak-anak lain hilang fokus pada kerja sendiri dan akan mahu menjenguk kerja orang lain yang 'kedengaran' menarik.

Ya, saya maksudkan meja berasingan(kelemahan).

Ini kerana walaupun duduk bersama di meja besar (kelebihan), dengan mengetahui apa yang dilakukan oleh orang lain, rasa ingin tahu itu menjadi lebih sedikit.

Pada masa yang sama mereka turut belajar secara minda bawah sedar.

Sukar untuk berkongsi alatulis.

Homeschool bukan jelmaan sekolah.

Susunatur seperti kelas menimbulkan sedikit tekanan pada ibu dan anak.

Anak-anak kecil lasak dan agak kecah, meja kecil menghadkan pergerakan dan mengganggu keseronokkan beraktiviti.

Bayi suka berada di atas meja untuk 'meneroka' dan memiliki 'kawasannya' juga, meja yang besar dan stabil lebih sesuai untuknya.

Ada masanya, ibu yang homeshool lebih 3 orang anak perlu mengajar serentak semuanya.

Tips hasil blogwalking..
Moga bermanfaat..

Ummuhana
016-7874269

Thursday, 6 November 2014

Kebaikan Minyak Ikan

Jom ketahui 5 kebaikan minyak ikan untuk kesihatan anda. Teruskan pembacaan anda di sini.

Kebaikan pengambilan minyak ikan dalam pemakanan seharian semakin banyak diperkatakan. Minyak ikan khususnya ikan berlemak yang lazimnya diperoleh dari lautan perairan sejuk seperti salmon, tuna, makerel, hering dan beberapa lagi. Lebih khusus lagi adalah kandungan asid lemak,iaitu omega-3.

Minyak ikan laut dalam mengandung asid lemak Omega-3 yang terdiri dari EPA dan DHA, iaitu asid lemak yang sangat diperlukan tubuh kita. Ia boleh didapati pada ikan air sejuk berlemak tinggi seperti mackerel, kod, salmon, kerapu, dan sardin.

ANTARA KEBAIKAN MINYAK IKAN

1. Membantu dalam proses pembelajaran

Pengambilan DHA oleh ibu mengandung atau kanak-kanak yang sedang membesar didapati dapat membantu dalam proses pembelajaran mereka. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang diberi DHA mungkin lebih bijak. Pada masa ini terdapat susu formula yang mengandungi DHA.

Ia adalah langkah bijak memberi anak-anak kecil anda susu formula ini. WHO dan British Nutrition Foundation menyarankan pengambilan DHA sebanyak 20mg bagi setiap kilogram berat bayi anda. Untuk bayi yang tidak cukup bulan, WHO menyarankan 40mg/kg pengambilan DHA.

2. Mengurangkan kesakitan dan keradangan

Asid Lemak Omega 3 terutama EPA mempunyai kesan positif dalam mengurangkan keradangan. Melalui mekanisme tertentu ia dapat meregulasikan kitaran peradangan sehingga dapat mencegah dan mengurangkan kesakitan seperti pada penyakit radang sendi, radang prostat dan radang-radang yang lain.

3. Memperbaiki fungsi otak dan meningkatkan kecerdasan

Wanita yang sedang hamil yang mengamalkan pengambilan minyak ikan akan membantu melahirkan anak-anak yang pintar dan cerdas melalui pembentukan saraf-saraf otak yang sempurna. Untuk orang dewasa pula minyak ikan dapat meningkatkan daya ingatan dan fokus.

4. Menjaga Kesihatan Kardiovaskular

Omega 3 juga terbukti dapat membantu menjaga kesihatan kardiovaskular dengan cara menurunkan paras kolestrol dan menurunkan tekanan darah. Omega 3 juga terdapat dalam telur dan kekacang.

5. Menjaga kesihatan jantung

Sakit dada, tekanan darah tinggi, kesukaran bernafas, denyutan jantung yang cepat, pening adalah antara simptom lazim akibat masalah jantung.

Pengambilan minyak ikan didapati bermanfaat dalam merendahkan paras kolesterol berbahaya. Selain itu, ia didapati meningkatkan penghasilan vasodilators poten (melapangkan arteri) untuk memperbaiki aliran darah.

Pengambilan minyak ikan (EPA + DHA) adalah baik untuk mereka yang ingin mengurangkan risiko-risiko penyakit seperti yang dinyatakan di atas. Pengambilan berlebihan minyak ikan yang diambil dari hati ikan (seperti Cod Liver Oil) semasa mengandung tidak digalakkan kerana ia mengandungi vitamin-vitamin A dan D yang tidak larut dalam air.

Monday, 3 November 2014

Rawat AUTISME dengan bantuan Omega



Menurut Hallahan & Kauffman (1997) autisme merupakan satu kecelaruan yang bercirikan pengasingan diri, tingkah laku mencederakan diri, masalah kognitif, masalah bahasa dan boleh dilihat sbelum berumur 30 bulan. The Autism Society Of America telah mendefinisikan pada 1977 dan menyemak semula pada 2000 menyatakan bahawa autisme merupakan kekurangan keupayaan sepanjang hayat dan dapat dipastikan pada tahap tiga tahun pertama bayi. Autisme berlaku tanpa menurut bangsa, keturunan dan latar belakang sosial keluarga.

Zasmani Shafiee (2000) telah menyatakan bahawa autisme adalah gangguan di dalam otak terutama di bahagian-bahagian menguasai kefahaman, emosi, komunikasi secara langsung dan tidak langsung. Kesimpulannya, autisme bolehlah didefinisikan sebagai ketidaksempurnaan dalam perkembangan otak dan bukan akibat masalah perkembangan emosi. Autisme juga merupakan satu fenomena yang serius dan tetap wujud sehingga akhir hayat walaupun tingkahlaku positif telah berlaku.


Perkembangan Fizikal dan Otak Individu Autisme

Seperti yang biasa kita lihat, individu autisme biasanya adalah seperti individu normal dan tiada siapa yang menyangka individu ini mempunyai ketidakupayaan. Apa yang kita lihat sifat fizikal kelihatan sempurna namun apa yang berlaku di dalam otak mereka tiada siapa yang tahu. Individu autisme ini dikatakan sebagai neuro-developmental disorder iaitu satu kecelaruan dalam pembentukan otak. Ini kerana di dalam otak setiap manusia terdapat beribu-ribu sel saraf yang paling berkait dan tersusun dalam bentuk system yang boleh mengawal kesedaran luar tubuh, termasuklah emosi, tingkah laku dan juga hubungan dengan fungsi organ dalaman.

Setiap hemisfera otak mengandungi empat bahagian iaitu frontal, temporal, occipital dan parienta. Kawasan occipital menerima sel-sel saraf optic, menganalisa dan memberi maklum balas tindakan yang perlu dilaksanakan oleh mata. Temporal lobe merupakan kawasan pendengaran dan berhampiran dengan sensori. Di hadapan kawasan sensori adalah kawasan motor yang mengawal pergerakan tubuh manusia. Bahagian parietal merupakan pusat mengawal motor pertuturan. Bahagian frontal adalah merupakan bahagian yang mengawal proses mental seperti kemahiran berfikir, membuat perancangan, kegiatan belajar dan menggunakan konsep-konsep perlambangan bahasa.

Trevarthen, Aitken, Papouli & Roberts ( 1998 ) menyatakan pendapatnya bahawa cereblum merupakan bahagian otak yang kedua besar dan terletak di bawah occipital lobe. Fungsi utamanya adalah mengawal keseimbangan badan, mengkoordinasi pergerakan otot dan mengawal tubuh badan tetapi pada kedudukan normal. Namun demikian, bagi kanak-kanak autisme, ia adalah sebaliknya. Sistem saraf pusat mula terbentuk apabila embrio berusia dua minggu dan apabila berumur lapan minggu akan menjadi fetus atau janin. Ketika inilah mekanisme genetik mula muncul. Faktor ini menentukan perkaitan individu dengan bentuk tubuh, organ dalaman dan sistem saraf pusat.

Bauman & Kemper dalam Edelson (1999) telah menjalankan pembedahan otak individu autisme dan mendapati bahawa terdapat dua bahagian dalam sistem limbik yang kurang berkembang iaitu ‘amygdala’ (berbentuk badam) dan ‘hippocampus’ (berbentuk kuda laut). Dua bidang ini berperanan sebagai mengawal emosi, tingkah laku yang tidak bersebab, input sensori dan pembelajaran. Mereka juga mendapati di dalam cerebllum terdapat kekurangan sel purkinje.

Saraf amyglada individu autisme ini adakalanya bersaiz lebih kecil atau lebih besar berbanding dengan saiz normal. Kesannya mungkin akan menyebabkan individu autisme menjadi hyperaktif atau hypoaktif. Ketidaknormalan saiz saraf tersebut juga memberi kesan kepada deria-deria yang berkaitan dengan sistem lain di bahagian otak. Di bahagian otak individu autisme terdapat kepadatan neuron di dalam saraf yang dinamakan amyglada dan hippocampus. Ketidaknormalan ini mungkin terjadi sewaktu bayi dalam kandungan ibu. Sistem saraf amyglada berhubungkait dengan deria kulit dan otot, rasa, penglihatan, pendengaran, bau, pertuturan dan pergerakan motor.


Ciri-Ciri Autisme
Kanak-kanak autisme mempunyai pelbagai masalah yang menjadikan mereka individu yang unik. Jamilia K.A Mohamed (2005) dalam bukunya Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istemewa telah menggabungkan kesemua ciri kanak-kanak autisme kepada enam bidang iaitu komunikasi, interaksi sosial, gangguan deria, pola bermain, tingkah laku, dan emosi.


1. Komunikasi
Kanak-kanak autisme menunjukkan ciri-ciri komunikasi seperti berikut:
a. Perkembangan bahasa lambat atau tiada langsung.
b. Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain.
c. Jarang menggunakan bahasa
d. Sukar diajak bercakap
e. Kadang-kala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja
f. Perkataan atau jawapan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan
g. Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami
h. Meniru perbualan atau nyanyian tanpa mengerti maksudnya
i. Suka menarik tangan orang lain bila meminta sesuatu


2. Interaksi Sosial
Interaksi sosial kanak-kanak autisme dapat digolongkan sebagai sangat sukar dan ekstrim.
a. Suka bersendirian
b. Tiada kontek mata dan sentiasa mengelak daripada memandang orang lain
c. Tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan
d. Suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut


3. Gangguan Deria
Di antara ciri gangguan deria kanak-kanak autisme adalah:
a. Sensitif pada sentuhan
b. Tidak suka dipegang atau dipeluk
c. Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga
d. Suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain
e. Kurang sensitif pada rasa sakit ataupun takut


4. Pola Bermain
Pola bermain kanak-kanak autisme ditunjukkan seperti berikut:
a. Tidak suka bermain seperti rakan-rakan sebayanya
b. Tidak suka bermain bersama rakan sebayanya
c. Tidak bermain dengan cara biasa, dan suka memutar-mutar atau melambung-lambung dan menyambut mainan atau apa sahaja yang dipegangnya
d. Suka dengan objek yang berputar seperti kipas angin
e. Apabila menyukai sesuatu benda terus dipegang dan dibawa ke mana-mana sahaja.


5. Tingkah Laku
a. Sama ada hiperaktif ataupun hipoaktif
b. Melakukan gerakan ataupun perbuatan yang sama dan berulang-ulang seperti bergoyang-goyang, mengepak-ngepak tangan dan menepuk-nepuk tangan, berputar-putar, mendekatkan mata ke televisyen, berlari atau berjalan mundar –mandir
c. Tidak suka pada perubahan (daripada apa yang sedang dilakukannya)
d. Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang reaksi


6. Emosi
Emosi kanak-kanak autisme sangat sukar diramal dan berubah-ubah. Di antaranya ialah:
a. Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab , mengamuk tanpa terkawal jika tidak dituruti kemahuannya ataupun dilarang daripada melakukan sesuatu yang diingininya
b. Merosakkan apa sahaja yang ada di sekitarnya jika emosinya terganggu
c. Menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosinya terganggu
d. Adakalanya mencederakan dirinya sendiri
e. Tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain


Punca-punca Autisme

Punca sebenar autisme adalah kompleks dan sukar dijelaskan. Dalam kebanyakan kes, punca yang menyebabkan autisme adalah tidak diketahui. Autisme mempunyai kecelaruan yang berbagai-bagai dan kajian-kajian terkini yang dijalankan lebih memberikan tumpuan terhadap masalah genetik, masalah semasa dan selepas kelahiran, kefungsian otak ,dan faktor-faktor neurochemical dan imunilogikal.

Dari segi genetik, adik- beradik kepada individu autistik lebih berisiko mengalami autisme berbanding orang lain, terutamanya bagi pasangan kembar seiras. Selain itu autisme juga dikaitkan dengan kecelaruan genetik dan masalah yang berkaitan dengan perubatan seperti Fragile X Syndrome, tuberous sclerosis, dan phenylketonuria (PKU).

Selain itu masalah dan komplikasi yang berlaku sebelum dan selepas kelahiran juga boleh menjadi punca kepada berlakunya autisme. Di antaranya adalah jangkitan rubella semasa dalam kandungan ibu, encephalitis, kekurangan oksigen semasa lahir, keracunan makanan, dan bengkak cantik (mumps). Susunan kedudukan adik-beradik juga turut dikatakan sebagai pencetus autisme iaitu anak sulung dalam keluarga yang mempunyai dua anak, anak keempat atau yang berikutnya bagi keluarga yang mempunyai empat anak atau lebih (Gargiulo R.M. 2003).

Menyentuh tentang fungsi otak, terdapat bukti yang kukuh bahawa ketidakfungsian serebelum, sistem limbik, dan kemungkinan juga temporal lobe dan cortex terjadi kepada individu autisme.

Autisme juga dikaitkan dengan faktor kecelaruan autoimmune dan juga persekitaran. Dalam sesetengah keluarga yang mempunyai anak autisme, ketidakfungsian pelalian (immune dysfunction) akan berkait dengan beberapa faktor persekitaran yang boleh menyebabkan autisme, terutamanya alahan kepada makanan seperti susu dan gandum yang tidak dapat dicernakan dengan baik. Terdapat lebih 60% kanak-kanak autistik yang mempunyai sistem pencernaan yang kurang baik. Makanan seperti susu yang berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicerna dengan baik dan menyebabkan protein daripada makanan ini tidak bertukar menjadi asid amino ataupun pepton, iaitu bentuk rangkaian yang akhirnya akan dibuang melalui perkumuhan air kencing. Bagi kanak-kanak autistik, pepton ini diserap kembali oleh tubuh, memasuki aliran darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin, yang merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak terganggu. Fungsi otak yang terganggu adalah yang melibatkan fungsi kognitif, komunikasi reseptif, tumpuan perhatian, dan tingkahlaku (Jamilia K.A. Mohamed, 2005).

Kanak-kanak autisme merupakan kecacatan yang paling serius dari aspek pengendalian tingkahlaku. Dianggarkan 1/3 dari kanak-kanak kini boleh dilatih untuk berdikari tetapi sejumlah besar mungkin memerlukan pengawasan sepanjang hidup mereka. Biasanya kanak-kanak ini beransur baik selepas umur meningkat dewasa dan ada juga yang menjadi kanak-kanak normal dalam peringkat umur yang lebih dewasa. Berikut adalah anggaran peratus tahap berfungsi bagai kanak-kanak ini:

1-5% - menjadi biasa kembali dan boleh berdikari
15% - menunjukkan kemajuan semasa remaja
25% - boleh bekerja dalam pengawasan rapi
55% - perlu pengawasan rapi sepanjang hayat


InsyaAllah setiap sesuatu ada ubatnya

Pengambilan suplimen yang mengandungi Omega insyaAllah boleh bantu
bagaimana Omega bantu atasi dan elak authisme
jom klik sini
how DHA help Autisme

Hasil pembacaan saya mendapati autisme menghadapi kesukaran menukarkan asid lemak penting (Essential Fatty Acid) kepada bentuk aktif (active form), oleh itu makanan tambahan yang kaya dengan DHA dan EPA sangat penting

Saya sarankan Omega Guard Shaklee kerana ia tulen dan ddiproses dgn 

kualiti yg baik boleh lihat entry sebelum ini di sini khasiat Omega untuk kanak-kanak Authism

~Jika kamu telah Berazam, maka bertawakkal lah kpd Allah~


Sunday, 2 November 2014

Banyaknya fungsi Omega

Darah tinggi -- omega
Strok -- omega
ank bijak -- omega
Eczema -- omega
paru-paru -- omega
Nak kurus -- omega
Kanser-- omega
Sendi-- omega

banyaknya fungsi omega
camne omega bertindak terhadap penyakit di atas?

nk tahu?

Keunikan Omega Guard Shaklee:

Minyak ikan TERBAIK di dunia

Diekstrak daripada ikan laut air sejuk ( sardin, mackerel, herring, anchovies ) di perairan Jepun.

Bukan dari hati minyak ikan.

3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.

Minyak ikan PALING TULEN di dunia. Mengandungi 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

1 sajian membekalkan 905mg asid lemak Omega 3, EPA dan DHA.

Berbeza dengan jenama Omega 3 yang lain, Shaklee menggunakan keadah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk mengestrak minyak ikan.

Dihasilkan melaui proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengestrak asid lemak Omega 3 yang paling tulen & paling semulajadi sambil menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri,

Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)

Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang

Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.

Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan

Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik

Memelihara fungsi-fungsi sendi
Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

Mencegah insomnia

Mengurangkan tekanan emosi

Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan

Membantu memperbaiki masalah autism

Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive

Mengurangkan masalah schizophrenia

Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Siapa Perlukan Omega 3 ?
*Warga Emas
����*Pesakit Jantung
*Wanita
*Wanita yang telah melahirkan anak
*Pesakit darah tinggi
*Orang yang selalu lupa
*Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
*Pelajar
*Ibu menyusu
*Ibu Hamil
*Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang optimum

[ Anak bijak sejak hamil ]

Boleh usaha dapatkn ank bijak sejak hamil dgn omega guard kerana...

* kaya dgn DHA, EPA, ALA  dn byk lagi
* DHA nutrien utama otak, sistem saraf & retina
( penting consume omega smasa hamil kerana bantu tumbesaran & perkembangan otak janin)

Anak dh besar?
* bekalkn omega guard dan mkn stp hari
* sgt bantu perkmbangan memori ank.

Omega guard shaklee berbeza dari omega lain kerana...

* bukan dari hati minyak ikan mybbkn omega shaklee 3 kali lbih tumpat dari hati myk ikan
* minyak ikan paling tulen di dunia

Dapatnya sekarang sementara masih promotion :)

[ Minyak ikan paling TULEN di Dunia ]

- mempunyai rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi

- satu sajian membekalkn 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan DHA

Ummuhana
Teman Shaklee Anda

Saturday, 1 November 2014

Puasa 9/10 Muharam

Jom puasa hari Asyura! | 2-3 Nov 2014
‎Apa kelebihan berpuasa pada hari asyura?

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْل أخرجه مسلم في " صحيحه "

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Puasa paling afdal selepas bulan Ramadan ialah bulan Allah yang dimuliakan (Muharam). Dan solat paling afdal selepas fardu ialah solat malam.” (Riwayat Muslim)

وعَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ إِلَّا هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَهَذَا الشَّهْرَ يَعْنِي شَهْرَ رَمَضَانَ أخرجه البخاري في " صحيحه

Daripada ibn Abbas katanya: "Tiada aku melihat nabi terlebih gemar dan bersangatan berpuasa pada satu hari yang punyai kelebihan pada hari lain iaitu Asyura dan (bulan) Ramadhan." (Riwayat al-Bukhari)

وعَنْ أَبِي قَتَادَةَ... وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ أخرجه مسلم في "صحيحه "

Daripada Abi Qatadah: "dan puasa pada hari Asyura akan dihisab oleh Allah, puasa itu akan mengkafarahkan satu tahun puasa setahun sebelumnya." (Riwayat Muslim)

Daripada ar-Rabi’ binti Mu’awwiz , Rasulullah s.a.w. menghantar utusan ke kampung-kampung orang Ansar di sekitar Madinah supaya menyampaikan pesanannya: “Sesiapa yang bangun pagi dengan niat berpuasa pada hari ini (10 Muharam), hendaklah dia menyempurnakan puasanya. Dan sesiapa yang bangun pagi tidak berpuasa, maka teruskanlah." Ar-Rabi’ berkata: “Selepas itu kami sentiasa berpuasa pada hari ‘Asyura dan menyuruh anak-anak kecil kami berpuasa. Kami membawa mereka ke masjid dengan membawa bersama permainan daripada bulu. Apabila mereka menangis meminta makanan, kami beri mereka permainan untuk melekakan mereka sehinggalah tiba waktu berbuka.”  (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

عن ابنِ عبَّاسٍ رضيَ الله عنهُما قال: صَامَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم يومَ عاشُوراء وأمَرَ بِصِيامِهِ، قالوا: يا رَسُولَ اللهِ! إِنَّهُ يَومٌ تُعَظِّمُهُ اليَهودُ وَالنَّصَارَى. فَقالَ رسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : فَإذا كَانَ العامُ المُقْبِلُ، إِن شَاءَ اللهُ، صُمْنَا اليَومَ التَّاسِع »قال: فَلمْ يَأتِ العامُ المُقْبِلُ، حَتَّى تُوُفِيَّ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم رواه مسلم

Daripada ibn Abbas r.a katanya: "Rasulullah berpuasa pada hari Asyura dan menyeru agar berpuasa pada hari itu." Lalu para sahabat berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari itu adalah hari kebesaran Yahudi dan Nasrani." Lalu kata Rasulullah: "Apabila tahun hadapan menjelang dengan izin Allah, kita akan berpuasa pada hari ke sembilan." Berkata Ibn Abbas: "Tidak sampai tahun hadapan sehinggalah nabi diwafatkan." (Riwayat Muslim)

JOM PUASA HARI TASU'A (2 November - Ahad) dan HARI 'ASYURA (3 November - Isnin)

Keperibadian muslim

Keperibadian org Islam:

1. Cita2 nya setiap hari mencari keredhaan Allah

2. Menunaikan segala perkara fardhu

3. Menjaga perkara sunat