Sunday, 27 April 2014

JAGA MATA ANAK DARI KECIL

Gajet Punca Mata Rosak

Oleh: HASNITA PaMa
Tarikh: March 19, 2014

Hari ini kebanyakan kanak-kanak berusia empat tahun ke atas sudah memakai cermin mata. Mengapa masalah kerosakan mata dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat dewasa ini? Apakah punca terbesar kerosakan mata mereka?

Adakah anak anda turut termasuk dalam golongan kanak-kanak bercermin mata? Sebenarnya punca utama kanak-kanak sekarang semakin ramai bercermin mata adalah kekerapan mereka menggunakan alatan gajet seperti tablet, komputer dan telefon pintar.

Mendedahkan anak-anak kepada teknologi memang perkara yang baik tetapi keterlaluan membiarkan mereka asyik dalam dunia teknologi akan mengundang perkara buruk. Selain boleh mempengaruhi perilaku yang negatif, melihat gajet terlalu lama akan menyebabkan mata menjadi rosak.

Paparan sinar pada skrin gajet akan membuatkan mata anak terlalu fokus seterusnya merosakkan penglihatan mereka secara serius. Jika dibiarkan tanpa pengawasan, kanak-kanak boleh mengadap gajet sepanjang hari tanpa henti.

Jarak antara mata dan gajet yang terlalu dekat  turut menyebabkan jarak penglihatan dekat semakin kabur iaitu masalah rabun dekat pada anak yang sebelum itu tiada masalah rabun sinar.

Kebanyakan perkembangan penglihatan anak berlaku pada usia tujuh tahun dan kestabilan mata terjadi sepenuhnya pada lingkungan usia 18 hingga 20 tahun. Kanak-kanak yang terdedah terlalu lama dengan gajet juga cenderung mendapat masalah kesihatan lain seperti sering sakit kepala, sakit mata dan kekeringan mata.

Jadi, awasi penggunaan gajet oleh anak-anak anda. Jangan terlalu menurut kemahuan mereka untuk bermain ‘game’ yang ada dalam gajet tersebut atau kerana mahukan anak duduk diam sementara anda sibuk membuat kerja rumah. Jaga kesihatan mata anak anda supaya masalah rabun mata tidak berlaku seawal usia mereka.

Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services
14

LAMAN UTAMA
@Grup Digital Karangkraf